Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bangkai dijangka menang di Lembah Pantai (4)

Saya dah tulis bahawa calon yang isteri saya dan saya undi dalam pilihan raya umum 2008 dan selepas itu menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pernah mendedahkan bilangan pengundi pos di kawasan Parlimen Lembah Pantai naik 1,363 peratus dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.

Lebih buruk lagi, kata Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi".

Beliau juga menjangkakan keputusan pilihan raya umum akan datang akan ditentukan pengundi hantu.

Secara peribadi, saya pernah mencadangkan beliau bertanding di kawasan lain sebab saya memang menjangkakan bangkai itu akan menang di Lembah Pantai. Sebagai reaksi, dia menyatakan keyakinannya kepada pertolongan Allah s.w.t.

Saya mengaku, hampir setiap hari saya merayu Allah mela'natkan mereka yang berlagak tuhan dan melampau (Allahummal'anil jibta wat taghut).

Hari ini, ketakutan saya untuk menerima bangkai sebagai Ahli Parlimen di tempat saya mengundi kian memaksa saya lebih bersungguh-sungguh lagi berdoa agar Allah mela'natkan mereka. Bukan saya yang menentukan sama ada saya berhenti berdoa begitu atau tidak. Mereka yang menentukan. Kelaku mereka tidak memberikan saya pilihan dan memaksa saya berdoa sedemikian.

Untuk tujuan rekod sahaja, Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar di atas) adalah ketua Umno bahagian Lembah Pantai. Dalam perkembangan berkaitan, Raja Petra Kamarudin menulis artikel bertajuk "Is this whom you want as your MP?" mengenai Raja Nong Chik. Elok dibaca kalau anda selesa dengan Bahasa Inggeris.

Sambil itu, anda bacalah kemarahan rakyat di dalam berita-berita berikut:
1. Bersih kecam polis buru, seorang peserta serah diri 'dipukul'
2. Bersih dakwa polis pukul individu dikehendaki
3. Bersih slams police manhunt and 'beating' of protester
4. Bersih protester 'forced' to sign confession
5. Police tortured me, claims Bersih participant

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.