Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MB Selangor pelawa menteri dan pemimpin BN lawat empangan air

May 23, 2012
 


SHAH ALAM, 23 Mei — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mempelawa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) melawat empangan air di negeri itu bagi membuktikan rizab air sebenar yang berada pada tahap selesa.

Beliau berkata lawatan itu bagi memperjelaskan situasi sebenar selepas beberapa dakwaan yang dibuat sebelum ini berbeza dengan tahap simpanan air di tujuh empangan yang mencatatkan simpanan melebihi 100 peratus sehingga bulan ini.

“Lawatan ini akan diselia oleh Pengawal Selia Air Negeri Datuk Nordin Sulaiman dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS),” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Abdul Khalid (gambar) berkata tujuh empangan di negeri itu iaitu Empangan Sungai Selangor, Empangan Sungai Tinggi, Empangan Klang Gate, Empangan Sungai Langat, Empangan Sungai Semenyih, Empangan Tasik Subang dan Empangan Batu mencapai 100 peratus simpanan air.

Beliau berkata sumber air empangan di Selangor adalah sebanyak 522.66 juta meter padu dan sejak Februari lepas, kesemua tujuh empangan berkenaan berada dalam keadaan memuaskan dan mampu membekalkan sumber air kepada semua loji pembersihan air di negeri itu.

“Kenyataan bahawa rizab air di Selangor tinggal 2.4 peratus sahaja berbanding kadar sepatutnya iaitu 20 peratus adalah bercanggah dengan data yang diberi oleh LUAS,” katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga tidak menentang pembinaan Loji Langat 2, sebaliknya mahu projek itu dimasukkan dalam pakej penyelesaian penstrukturan semula industri perkhidmatan air mengikut Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA) yang membolehkan kerajaan negeri mengambil alih pembekalan dan pengurusan air daripada syarikat konsesi.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan menganjurkan Forum Air Selangor pada 12 Jun depan dengan menjemput badan bukan kerajaan, sektor perniagaan, pakar pembekalan dan pengurusan air serta pemimpin masyarakat dari dalam dan luar negara untuk mengupas mengenai isu air di Selangor. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.