Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, May 21

ADA sesuatu yang SERIUS sedang berlaku... jeng, jengg, jenggg...

Ulangtahun ke-66 Umno mengecewakan tapi Najib dakwa lebih besar daripada Bersih 3.0
Acara utama Umno untuk ulang tahun ke-66, yang didakwa akan menjadi Malam 1 juta Melayu, ternyata menemui kegagalan dengan penyokong berpakaian baju merah secara terbuka membuat acuh tak acuh kepada ucaptama Perdana Menteri Najib Razak, bahkan sebilangannya berjalan keluar untuk membeli minuman semasa dia berucap.

Seperti yang dijangka, Najib - Presiden Umno - mengelakkan dari mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke-13 walaupun setelah membuat pelan terperinci untuk berbuat demikian di acara gala itu.

"Ini menunjukkan ada sesuatu yang serius sedang berlaku di dalam Umno. Sesuatu telah terjadi dan memaksa dirinya untuk menarik balik hajatnya. Kegagalan Najib, terutama sekali cara dia mengendalikan Bersih 2.0 dan 3.0 telah memberi peluang untuk perebutan kuasa dalam Umno," MP PKR, kawasan Batu, Tian Chua berkata kepada Malaysia Chronicle.

Malah, kurang daripada 50,000 orang yang berada di stadium Bukit Jalil pada malam Jumaat walaupun media arus perdana menyiarkan laporan kebanjiran hadirin pada malam itu. Nawawi Mohamad dari Malaysia Chronicle menganggarkan jumlah kehadiran berdasarkan kapasiti stadium yang dapat menampung seramai 100,000 orang. Yang pasti, sepanjang malam, kurang separuh daripada stadium dipenuhi.

Saiz peserta perhimpunan Umno sudah pasti berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April untuk menuntut pilihanraya yang bebas dan adil yang dihadiri oleh lebih daripada 250,000 rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat. Tetapi ini adalah lebih daripada permainan angka. Sudah jelas untuk dilihat oleh semua.

Sepertimana yang diramalkan oleh pemerhati, zaman Umno sudah berlalu. Ia adalah yang terakhir di kalangan parti komponen BN yang besar untuk kehilangan pegangan kepada suatu kaum yang telah dikuasainya selama 55 tahun yang lalu. Seperti Titanic, ' kapal lanun’ Umno - yang paling terkenal dengan rasuah melebihi kecemerlangan tadbir urus akan tenggelam dan tak mungkin boleh diselamatkan lagi.
Polis telah dipukul, bagaimana pula rakyat yang menyertai Bersih?

Dalam ucapannya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat satu penghinaan terhadap pembaharuan yang dijanjikan dirinya sendiri dan platform 'kesederhanaannya'. Dia jelas berat sebelah dan cenderung kepada perhimpunan Bersih 3.0 di mana polis jelas kelihatan mengganas dan keterlaluan, menyebabkan pertembungan terburuk di Kuala Lumpur dalam sejarah.
Tetapi bagi Najib, kekejaman polis adalah salah peserta Bersih dan dia menggesa orang Umno di Bukit Jalil untuk bersimpati dengan polis.

"Polis telah dipukul dengan kayu besbol sehingga mereka muntah darah. Adakah orang-orang ini bertamadun? "Kata Najib kepada orang ramai.

"Jika kita di stadium ini mahu, kita boleh menggunakan Dataran Merdeka. Terdapat lebih daripada kita daripada mereka. Tetapi UMNO mementingkan undang-undang. Itulah sebabnya kita tidak akan membenarkan ini. Umno akan melindungi maruah dan imej negara. "

Ini berlaku walaupun ditegur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di atas kegagalan untuk mengikuti kod standard hak asasi manusia dalam menguruskan perhimpunan aman dan dimana Persatuan Peguam Malaysia melaporkan bahawa sangat mustahak polis dan kerajaan Najib untuk memohon maaf kepada negara dan membayar pampasan terhadap peserta yang cedera dan beratus-ratus lagi yang ditahan kerana ini menyalahi hak-hak sivil mereka.
Pakatan dengan media dan polis untuk serang peserta Bersih
Ia juga sangat jelas bahawa Najib menolak bukti visual kehadiran Bersih, menegaskan bahawa orang ramai yang hadir di Bukit Jalil adalah lebih ramai.

Bersama-sama dengan pembelaannya terhadap polis, ini membuktikan bahawa konspirasi dengan ahli tertinggi Umno yang mengawal media serta polis untuk menyerang orang awam yang menyertai Bersih untuk memadamkan semangat rakyat yang menuntut perubahan dan pembaharuan.

"Jika sebarang pertempuran tidak berlaku, maka tidak ada cerita untuk CNN, BBC dan Al-Jazeera. Itulah tujuan sebenar mereka: Untuk menunjukkan kita adalah sebuah kerajaan yang zalim, "kata Najib.

Sesungguhnya , diantara 6 perdana di Malaysia, Najib bukan sahaja memegang rekod terburuk, malah rekodnya akan meninggalkan bukti yang tidak dapat dinafikan bahawa dia adalah yang paling ganas dan kejam, termasuk diktator kejam, Mahathir.
Melaga ahli Umno dengan rakyat Malaysia
Pembangkang juga mengkritik Najib kerana melaga ahli Umno dengan rakyat Malaysia dalam ucapannya.

"Najib cuba untuk menyempitkan mentaliti orang Umno. Dia memecah-belahkan hubungan ahli-ahli parti dan semua rakyat Malaysia yang lain. Ini bukan petanda yang seorang presiden Umno yang baik, seorang pemimpin Melayu yang baik mahupun seorang PerdanaMenteri . Hanya jahat memecah-belahkan bukan menyatukan," naib presiden PKR Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

Mahathir, yang datang bersama isterinya, Siti Hasmah, tidak membuat apa-apa ucapan pada malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli Umno untuk mempertahankan ideologi parti Melayu pertama yang telah diguna pakai selama bertahun-tahun lamanya yang akhirnya menjadi seakan sistem aparteid oleh pemerintah elit parti kerana mereka menggunakan politik perkauaman untuk meraih kuasa politik.

"UMNO adalah pembela rakyat yang sebenar. Kita tidak boleh membiarkan musuh-musuh kita memusnahkan perpaduan dan keharmonian yang telah kita bina. Jangan benarkan mereka untuk menyebarkan ideologi terpesong mereka yang boleh menyesatkan kepercayaan kita. Jangan benarkan mereka memusnahkan cara etika dan moral hidup kita," kata Muhyiddin.

Najib dijangka untuk 'turun padang' di stadium Bukit Jalil lewat pada hari Sabtu. Perayaan sambutan ulang tahun ke-66 Umno selama 13 hari yang bermula pada 1 Mei akan berakhir pada hari Ahad.

Najib akan terbang untuk bercuti seminggu dan ada spekulasi dia mungkin mengumumkan Julai sebagai tarikh PRU ke-13 apabila dia kembali. Walau bagaimanapun, memandangkan dirinya yang sering flip flop, peluang lebih tinggi dia akan cuba untuk menahan pengumuman PRU ke-13 hanya selepas pemilihan parti UMNO pada bulan Oktober.
Pertarungan Umno telah bermula
Sudah tentu kelewatan ini telah menyebabkan perpecahan dalam barisan Umno dengan panglima parti marah pada Najib untuk cuba memanipulasikan keadaan bagi manfaat politik dirinya sendiri.

Spekulasi panas bahawa Najib akan memilih barisan baru menteri Besar atau ketua menteri, menjatuhkan orang lama dari senarai ‘calon boleh menang’ untuk bertanding kerusi dalam PRU ke-13 juga hangat diperkatakan. Sebagai contoh, dia dijangka akan menjadikan pembantu rapatnya Omar Mustapha - yang membantu mereka bentuk IPO Felda yang kontroversi sebagai Menteri Besar Johor.

Perbalahan dalam Umno dan golongan sayap kanan yang dipimpin oleh Mahathir juga telah diberi peluang untuk menjadi lebih liberal dalam parti untuk mendapatkan tempat. Mereka ini termasuk Shahril Samad, Sabaruddin Chik, Azmi Khalid dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Antara mereka yang dilihat sebagai menimbulkan cabaran kepada Najib dalam pemilihan parti Umno adalah timbalannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Melaka Ali Rustam, bahkan Adnan Yaakob, Menteri Besar negeri Pahang. Majoriti ketua menteri yang lain juga dijangka akan menentang Najib dan Mahathir.

"Saya fikir ramai dalam Umno menghina Najib dan Mahathir. Penyokong yang tinggal untuk Najib adalah Mahathir dan jika Mahathir memutuskan untuk membuang dia, semuanya akan berakhir bagi Najib. Selepas Pilihanraya 2008, BN sudah menjadi tidak relevan dan UMNO adalah parti utama. Tetapi kini, tiada siapamengambil berat tentang UMNO. Ia sudah kehilangan tujuan dan akan juga kehilangan banyak kerusi dalam Pru ke-13. ini adalah mengapa Najib akan menipu pada pemilihan nanti. Dia tidak akan melakukan pembaharuan dan inilah cabaran bagi rakyat Malaysia kini, untuk mencari jalan bagaimana untuk membuat pentadbiran Najib melakukan perubahan,"kata Tian.

"Dalam Umno, panglimanya sudah tidak menghormati Najib untuk membazirkan begitu banyak wang dalam mempromosikan dirinya atas perbelanjaan parti itu. Terdapat juga sebab lain daripada isu-isu politik dan negara kepada peribadi. Ia juga tidak membantu apabila Rosmah Mansor isterinya begitu mendesak dan pasangan itu juga telah didapati beberapa kali mendapatkan kemahuan peribadi menggunakan dana awam. "

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.