Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Nazri akan kaji pembentukan Majlis Peguam kedua

May 16, 2012
 
KUALA LUMPUR, 16 Mei — Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah bersetuju untuk mengkaji pembentukan Majlis Peguam kedua sebagai alternatif kepada peguam yang tidak berpuas hati terhadap Majlis Peguam sedia ada berhubung dakwaan mereka menyokong perjuangan pembangkang.

Menggelarkan badan berkenaan sebagai “pembangkang”, menteri berkaitan hal ehwal perundangan itu menegaskan kebanyakan peguan kecewa dengan kepimpinan di bawah Lim Chee Wee namun tidak mempunyai pilihan lain selain menjadi ahli kepada Majlis Peguam.

Ketika mesyuarat tergempar (EGM) minggu lalu, peguam Abu Backer Sidek berkata kepada pemberita beliau telah hilang minat untuk menjadi ahli “bodoh” Majlis Peguam, yang menurutnya bersifat berat sebelah.

Beliau mencadangkan dibentuk satu lagi Majlis Peguam sebagai alternatif untuk mereka yang mempunyai pendirian sepertinya.

“Saya akan berbincang dengannya (Abu) dan Peguam Negara untuk melihat sama ada terdapatnya kemungkinan untuk membentuk badan alternatif,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Padang Rengas (gambar) itu berkata ia akan dijadikan sebagai tambahan kepada cadangan untuk pembentukan akademi undang-undang untuk graduan di lapangan terbabit tetapi tidak mengamalkan perundangan.

Bernama Online dua hari lalu berkata, Nazri dipetik berkata cadangan penubuhan akademi berkenaan akan di bawa ke Kabinet dan dibincangkan dengan Peguam Negara.

“Majlis Peguam sedia ada akan diteruskan, ia sudah pasti. Tapi ia tidak menghalang kami dari membentuk akademi perundangan untuk graduan yang belum lagi berada dilapangan ... Professor, pensyarah, mereka di Pejabat Peguam Negara, di sektor korporat,  ... mereka di pertubuhan,” katanya kepada The Malaysian Insider apabila diminta penjelasan lanjut.

Veteran Umno itu menjelaskan terdapatnya “monopoli” dalam sistem perundangan oleh Majlis Peguam, yang mana sekarang dilihat seperti parti pembangkang.

“Selama ini, kerajaan enggan mengambil jalan untuk meneruskan cadangan akademi itu, dan berharap majlis tersebut dapat berjalan dengan efektif.

“Tapi sekarang, mereka dilihat sebagai sebuah parti pembangkang,” katanya.
Nazri menyalahkan Lim terhadap perubahan yang berlaku dan mengulangi cabarannya untuk berdepan melalui politik di Padang Rengas dalam pilihan raya akan datang.

“Saya cabar Chee Wee — daripada seseorang kepada orang lain. Adakah beliau berani.
“Saya tunggu beliau di Padang Rengas dalam pilihan raya akan datang ... saya akan menunggu dengan penuh semangat, jadilah lelaki seperti Nazri,” katanya.

Jika Lim dipilih tambah Nazri, beliau kemudiannya boleh bercakap seperti seorang ahli politik.
Jika tidak, Lim harus fokus dan menguruskan Majlis Peguam tersebut dengan bebas dan bersih daripada politik, katanya dan menambah, badan itu umpama “kucing tanpa taring”.

Nazri berkata sesiapa sahaja yang dipilih menyokong Bersih 3.0 dalam EGM minggu lalu adalah tidak mewakili majlis yang dianggotai lebih 14,000 ribu ahli Majlis Peguam.
Daripada 1,270 ahli yang hadir, 939 menyokong dengan 16 menentang.

Usul berkenaan merangkumi 12 resolusi menyalahkan pihak polis menggunakan kekerasan terhadap perusuh Bersih 3.0 menuntut pilihan raya adil dan bersih.

“Mereka sendiri tidak mempu untuk menjalankan EGM dengan betul. Macam mana mereka mengundi dengan mengangkat tangan? Kali terakhir saya dilantik menjadi ketua “Rumah Hijau” (pasukan sukan) di sekolah,” sindir Nazri.

The Malaysian Insider melaporkan Lim menolak kenyataan menteri Kabinet mengatakan Majlis Peguam prejudis dan menggesa majlis tersebut dibubarkan.

Lim berkata badan mewakili peguam itu “tidak boleh dibubarkan” di bawah Akta Pengamal Perundangan namun ahlinya boleh mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap ahli majlis.

Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April menyaksikan ribuan penunjuk perasaan turun ke jalanan dan bertukar menjadi kecoh pada jam 3 petang apabila perusuh mula merobohkan halangan yang dibina pihak polis di sekitar kawasan Dataran Merdeka.

Tindakan itu memaksa pihak polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perusuh yang kemudiannya lari menyelamatkan diri ke lorong-lorong berhampiran.

Namun Majlis Peguam menjelaskan, berdasarkan pemerhatian anggotanya yang terdiri daripada 78 pemerhati, polis telah menembak bertalu-talu dan juga tidak memberikan ruang untuk mereka melarikan diri.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.