Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

.

Nuffnang Ads

Selasa, 15 Mei 2012


DUA PULUH EMPAT JAM TELAH TAMAT - RAKYAT SELURUH NEGARA SEDANG MENUNGGU





KOMENTAR TUKAR TIUB

24 jam telah tamat
orang ramai menunggu
orang ramai tenanti nanti
orang ramai berdebar debar

apakah dia tindakan itu?
apakah dewan pemuda pas akan lakukan?

semua tertanya tanya
semua tertunggu tunggu

akhbar gerombolan saheh
tidak meminta maaf

apa yang ditulis terhadap nik aziz
adalah lucah dan kasar






KAFIR: MOHON MAAF ATAU TINDAKAN LEBIH KERAS - harakah daily

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyerahkan satu memorandum bantahan kepada pihak New Straits Times Press kerana telah mengeluarkan artikel yang bertajuk Nik Aziz is father of kafir.

“Tok Guru adalah seorang tokoh agama dan beliau adalah pemimpin utama parti. Selain itu, beliau juga merupakan pemerintah rakyat Kelantan.

“Artikel-artikel seperti ini hanya mendorong kemarahan daripada rakyat Kelantan khususnya dan amnya semua rakyat Malaysia yang menyokong Tok Guru,” kata Ketua DPPM, Nasrudin Hassan (gambar) pada sidang media di hadapan pejabat Balai Berita New Straits Time Press[M] Berhad pagi tadi.



Justeru, beliau menasihatkan kepada semua wartawan dan media untuk menjaga etika kewartawanan dan penulisan satu-satu berita agar tidak mencetuskan isu-isu seperti itu hanya kerana untuk melariskan jualan akhbar sahaja.

“Kita mahu NSTP atau mana-mana media untuk menjaga etika kewartawanan mahupun penulisan berita agar tidak timbul isu-isu seperti ini yang hanya akan melahirkan ketidakpercayaan rakyat Malaysia pada media sebab tidak profesional, tiada kualiti dan integriti,” ujar beliau.

Beliau juga mengingatkan agar NST dapat memohon maaf dan menarik semula artikel terbabit dalam tempoh 24 jam.

“Oleh itu, kami mendesak agar NST memohon maaf di atas penyiaran berita tersebut dalam tempoh 24 jam selepas memorandum ini diserahkan.

"Sekiranya ia tidak dilakukan maka kami akan mengambil tindakan yang lebih keras selepas ini,” tegasnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.