Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Penyenaraian Felda…Bab 1

Oleh: Pirates of Putrajaya
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Saya berasa begitu rendah diri kerana diberi tanggungjawab menjelaskan isu penyeraian FELDA kepada para peneroka dan keluarga terdekat. Di sini, saya ingin menjelaskan bahawa tujuan saya bukanlah untuk memomokkan mana-mana pihak, tetapi untuk memberikan penjelasan lengkap dan analisa terperinci berdasarkan dokumen listing yang setebal 800 muka surat.

Baiklah, kita mulakan ceramah hari ini dengan sedikit pengenalan tentang syarikat FELDA Global Ventures Holding ataupun syarikat FGVH. Berbanding dengan FELDA Holding yang dimiliki oleh para peneroka melalui Koperasi Permodalan Felda, sebaliknya FGVH ni dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan melalui agensi kerajaan FELDA. Maka FGVH ni tiadalah penyertaan para peneroka sebaliknya diketuai oleh para kapitalis yang bukan datangnya dari industri kelapa sawit.

Struktur kumpulan Felda Global Ventures Holding.
(Dari kiri) 300 ribu hektar ladang kelapa sawit iaitu tanah FELDA yang benilai RM 10 billion, 51% peratus pegangan dalam syarikat Gula bernilai RM 2 billion, 49% peratus pegangan dalam Felda Holding bernilai RM 2 billion, perniagaan di Amerika Syarikat yang mencatatkan kerugiaan, perusahaan bersama dengan Kumpulan IFFCO yang juga mencatatkan kerugiaan dan beberapa pelaburan lain dalam sektor gula dan ladang kelapa sawit

Tugas utama FGVH adalah untuk mengurus pelaburan agensi FELDA di Amerika Syarikat dan mengambil alih pegangan FELDA dalam syarikat FELDA Holding.  FELDA ni telah melabur beratus-ratus juta ringgit ke dalam sebuah syarikat bernama Twin Rivers Technology. Syarikat Twin Rivers ni bermaksud Sungai Kembar, dan operasi mereka adalah untuk memproses minyak kelapa sawit dan dijadikan asid lemak yang digunakan dalam industri pemakanan.  Akan tetapi, FGVH tidak mampu menyumbang sebarang kepakaran ke dalam bisnes tersebut, dan seterusnya bisnes FELDA di Amerika Syarikat ni mengalami kerugiaan. Kemudian FGVH mencuba nasib di Kanada puladan melabur melebihi RM 100 juta ke dalam bisnes memproses kacang soya. Bisnes tersebut juga mengalami kerugiaan, menjadikannya kerugiaan berkembar! Semenjak tiga tahun terdahulu, bisnes-bisnes di Amerika Syarikat dan Kanada ni mengalami kerugiaan pracukai lebih daripada RM 700 juta ringgit bersamaan dengan tiga ladang lembu Kak Jat.

Pekara tersebut telah dimaklumkan oleh Saudara Anwar Bin Ibrahim (SABI) dan menjadi perbualan hangat orang ramai.

Tetapi FGVH tidak berputus asa dan mencuba nasib dalam industri gula. FGVH ni membeli pegangan Raja Gula, Robert Kuok, pada tahun 2010 dengan harga RM 1 bilion. FGVH kemudian membeli beberapa ladang dan pegangan saham sebanyak 20% dalam syarikat Tradewinds, kepunyaan Tan Sri Syed Al Bukhary.  Kemudian pada tahun 2011, FGVH menyenaraikan syarikat gula ni di BSKL dan mencatatkan keuntungan lebih daripada RM 300 juta. FGVH mendapat keuntungan tu bukan kerana syarikat tu menjadi lebih hebat, tetapi  melalui permainan koperat yang merugikan KPF. Tetapi itu pekara lain yang kita tidak mahu sentuh pada hari ini.

FGVH ni juga telah melabur beberapa ratus juta ringgit ke dalam ladang kelapa sawit bersama Lembaga Tabung Haji. Tetapi ladang ni masih mentah dan belum lagi mendatangkan sebarang pulangan.

Maka sebelum pasca penyenaraian ni, keuntungan FGVH hanya berbekalkan pelaburan mereka dalam industri gula dan pegangan mereka dalam syarikat FELDA Holding. Pelaburan ke dalam industri memproses minyak kelapa sawit bersama Kumpulan IFFCO, iaitu Syarikat Felda IFFCO, juga mencatatkan kerugiaan pada tahun 2011.

GEMPAR 300 RIBU HEKTAR  TANAH FELDA DISERAHKAN KEPADA FGVH*
 
Untuk menjayakan “listing” ni, maka kerajaan terpaksa menyuntik masuk aset ataupun projek untuk menarik perhatiaan pelabur. Dengan itu kerajaan dapat memperoleh habuan yang besar setelah FGVH ni disenaraikan. Maka, kerajaan menyuntik masuk 300 ribu hektar tanah FELDA ke dalam syarikat tersebut. Sekali gus, syarikat itu di”transformasikan” menjadi syarikat yang begitu gah ekoran suntikan ajaib ni.

Akan tetapi, saya risau suntikan ini akan membawa kepada kerugiaan  dalam syarikat FELDA Holding. Para peneroka kena faham bahawa dividen pelaburan dalam Koperasi FELDA ni datang hampir keseluruhannya daripada pelaburan KPF dalam FELDA Holding. Sebelum tanah FELDA disuntik masuk ke dalam FGVH, ia diurus oleh Felda Plantation, iaitu anak syarikat FELDA Holding. Sebelum ini keuntungan yang diperoleh oleh FELDA Plantation akan disalurkan kepada pejabat induk FELDA Holding dan akan dikongsi bersama dengan para peneroka melalui pembayaran dividen.

Akan tetapi, selapas 300 ribu hektar tanah ni disuntik ke dalam FGVH, maka Felda Holding bakal kehilangan sumber kewangan yang penting dan sekali gus mungkin akan menjejaskan pembiayaan dividen kepada KPF.

Kedua, syarikat FGVH ni secara terang-terang menyebut akan menggaji berpuluh ribu pekerja asing untuk menguruskan ladang ladang FELDA. Maka saya khuatir, tuan puan tidak akan mendapat sumber kewangan sampingan mengurus ladang FELDA ni, sama ada menebang pokok, menabur baja ataupun mengolah buah kelapa sawit, kerana ia akan dibuat oleh pekerja dari negara jiran.
Setakat ni bab 1, saya berharap tuan puan memikirkan perkara ni terlebih dahulu sebelum kita ke bab seterusnya

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.