Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified



Puasa dan Munajat Perdana
Posted on Wednesday, May 09 @ 04:08:46 MYT by tokdalang
oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Fitnah makin menggila, terutama kepada PAS serta anggota dan pemimpinnya. Al Mursyidul Am PAS, Ayahanda Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap Father of Kafir oleh Bekas Ketua Polis Negara dan disiar pula oleh NST. 


2. Pengarah Jabatan AMAL Malaysia saudara Johari Osman diugut dengan sepucuk surat berisi sebutir peluru hidup. Sebelumnya Saudara Mat Kamal bin Ismail anggota Jabatan AMAL Teluk Kemang telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi selepas 10 hari himpunan aman BERSIH 3.0 berlangsung. 
 
3. TV 3 dan Utusan Malaysia tidak henti - henti menabur fitnah kononnya BERSIH 3.0 yang disokong dan disertai oleh PAS telah melakukan keganasan, memusnahkan harta benda, bermaksud menggulingkan kerajaan secara rusuhan malah turut dikait sebagai mencemarkan kesucian Tanah Suci Makkah dan Madinah 

4. Menolak dan menangkis segala fitnah jahat secara sistematik yang dilakukan kepada PAS maka kami Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh ummat Islam prihatin khasnya pemuda PAS agar berpuasa selama 3 hari berturut - turut iaitu bermula hari Khamis, Jumaat dan Sabtu [ 10, 11 dan 12 May 2012 ] kemudian diakhiri dengan Munajat Perdana pada Hari Sabtu [ 12 May ] jam 8.45 malam serentak seluruh negara di kawasan masing - masing. 

5. Tentatif Program. Khamis [ 10 May 2012 ] : Puasa Jumaat [ 11 May 2012 ] : Puasa Sabtu [ 12 May 2012 ] : Puasa Sabtu [ 12 May 2012 ] 7. 15 pm : Majlis berbuka puasa 7. 30 pm : Solat Maghrib berjamaah 7. 40 pm : Makan Malam 8. 00 pm : Tazkirah : Istiqamah dalam Perjuangan 8. 20 pm : Solat Isyak Berjamaah 8. 30 pm : Solat Hajat dan Munajat Pejuang [ serentak seluruh negara ] Lokasi : Markaz Tarbiyah PAS Kawasan. Anjuran : Dewan Pemuda PAS Kawasan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.