Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
 

Rabu, 23 Mei 2012

Menteri Umno Nii Dah "Mengelabah"..

JOHOR BAHRU - Johor perlu terus dipertahankan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan Umno khasnya dalam pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan projek pembangunan yang sedang rancak dilakukan di negeri ini terutamanya di kawasan Selatan Johor dapat diteruskan.
 
"Walau macam mana sekalipun kita tak boleh izinkan mereka (pembangkang)  mempengaruhi pengundi dalam kawasan kita baik di sini atau kawasan lain. Jangan biar mereka terpengaruh," kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Beliau yakin negeri Johor di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman telah mengalami banyak pembangunan dan penduduknya merasai banyak nikmat.
 
"Apatah lagi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini di Selatan Johor, Iskandar Malaysia dan yang terbaru di Pengerang, berpuluh billion ringgit (pelaburan) telah dicurahkan," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Himpunan Rakyat Parlimen Pulai dan perasmian Pusat Kesihatan Percuma Anggota Parlimen Pulai di sini hari ini yang dihadiri hampir 5,000 penduduk setempat.

Muhyiddin berkata hasil pembangunan pesat yang dilakukan oleh kerajaan BN juga, banyak lebuh raya baru dibina untuk kemudahan rakyat selain peningkatan harga dalam sektor hartanah dan aset bangunan.

 
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat agar tidak merencatkan pembangunan yang sedang rancak dilakukan itu dengan terpengaruh oleh janji kosong pembangkang.
 
"Kalau semua tersedia dengan elok, jangan buang begitu sahaja. Jangan tinggalkan perancangan yang baik yang disusun BN hanya kerana terpengaruh dengan cerita orang lain yang tidak mungkin akan terhasil.
 
"Mereka hanya mempunyai cita-cita politik dan tidak ikhlas untuk membela nasib rakyat jelata di negara ini," katanya.
 
Sementara itu dalam majlis tersebut, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan awal sebanyak RM50 juta melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk projek pembinaan 1,400 perumahan rakyat bagi penduduk Skudai Kiri selain peruntukan RM3 juta untuk pembangunan kawasan itu. - Bernama
0 Komen

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.