Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MACAM POWER SGT UZT. MUDA UMNO NAK MUZAKARAH DGN PRESIDEN & MURSHIDUL AM.



Ulama Muda Umno hari ini mengharapkan muzakarah yang telah pun dipersetujui oleh pemimpin Umno dan PAS tidak diadakan semata-mata demi kepentingan politik, sebaliknya digunakan sebagai pentas perbincangan permasalahan yang dialami masyarakat Islam di negara ini.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang dihubungi hari ini berkata, adalah lebih baik muzakarah tersebut dibatalkan jika ianya diadakan semata-mata demi mencapai tujuan kepentingan politik sesetengah pihak mahupun individu.

“Kita perlu bincang politik untuk memartabatkan agama, bukan bincang agama untuk martabatkan politik.

“Tujuan kami hanya untuk mencapai kata sepakat dalam agama, bukannya untuk kepentingan politik. Tapi jika muzakarah ini digunakan demi mendapatkan kepentingan politik, saya rasa lebih baik dibatalkan sahaja,” tegasnya.

Jelas Fathul Bari, pihaknya juga amat mengharapkan dapat bermuzakarah dengan kepimpinan tertinggi PAS bagi membincangkan permasalahan yang dialami oleh masyarakat Melayu dan Islam di negara ini..

“Kami sangat berharap dapat bermuzakarah dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan juga Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.

Tambahnya lagi, pihaknya juga dijangka akan turut menghantar wakil antara rakan-rakan ulama muda yang lain seperti Dr Fadlan Mohd Othman, dan Ahmad Fauzan Yahya, selain dirinya sendiri.

.... KELU SETAKAT DEPA NIE.... ANA HANTAR KP WANGSA MAJU DENGAN TIMB KP JE... BARU PADAN...

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.