Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, May 20, 2012

Penyanyi Terkenal Dayang Ku Intan berceramah di Taman Indera Titi Gantung

Penulis : Msinc TBO

TITI GANTUNG 19 MEI 2012 : Telah berlangsung ceramah umum di Taman Indera Barat Titi Gantung Perak.Penceramah yang diundang ialah Ustaz Sulaiman Mantap dan Penyanyi terkenal Dayang Ku Intan sebagai penceramah utama. Pengerusi majlis ialah Encik Rapai Kasimi.

Didalam ucapannya Dayang Ku Intan beranggapan bahawa kerajaan BN yang memerintah sudah tidak relevan dan seharusnya ditukar dengan kerajaan yang bersih dan telus iaitu kerajaan Pakatan Rakyat.Padanya kerajaan BN tidak mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat termasuk masalah sosialyang melanda para remaja seperti penagihan dadah,lumba haram,sex bebas dan sebagainya.Ketidakmampuan kerajaan ini adalah kerana tiada kesungguhan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.Tumpuan pemimpin pemimpin BN banyak tersasar kepada kegiatan mengaut kekayaan dengan mengunakan kuasa yang diberi.

Majlis ceramah ini telah mendapat sambutan yang hangat dari penduduk setempat.Dianggarkan seramai 1500 penyokong telah memenuhi perkarangan Rumah kedai di Taman Indera Barat.Selain dari para penyokong.Gerai gerai menjual minuman dan makanan juga diadakan dibelakang tempat ceramah.Sesungguhnya dengan adanya majlis ceramah dari pihak Pakatan Rakyat telah menjana ekonomi Negara dengan kewujudan gerai gerai ini serta telah menyediakan peluang pendapatan dan pekerjaan kepada rakyat.
Suasana ceramah di Titi Gantong Perak

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.