Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tak dak sori-sori, fasal Bersih, saya memang tak percaya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Malaysiakini 8 Mei lalu melaporkan, Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Mohd Ismath didakwa telah ditanya soalan-soalan yang bersifat seksual apabila disoal siasat berhubung dakwaan dia telah menendang seorang anggota polis trafik semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Dia telah ditanya mengapa menyertai Bersih, dan sama ada di tahu Bersih menyokong LGBT. Dia berkali-kali ditanya sama ada terlibat dalam LGBT dan sama ada dia suka melancap," kata peguamnya, Latheefa Koya.

Hari ini, Malaysiakini melaporkan pula penafian Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakri Zinin terhadap dakwaan tersebut (sila klik di sini). Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai "karut".

Tuduhan itu adalah tuduhan karut kerana siasatan polis dibuat secara professional, beliau mendakwa.

Negara ini negara demokrasi. Anda boleh memilih untuk percaya atau tidak percaya sesiapa pun. Saya tidak pernah mempercayai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah itu.

Ia sama seperti saya membaca laporan The Economist tentang perhimpunan Bersih 3.0 yang dihadiri ratusan ribu rakyat itu. Bila saya baca laporan majalah tu, terus saya teringat FBC Media.

Yang pasti, hujah rakyat mengenai Bersih 3.0 tidak perlu upah mana-mana media. Tidak perlu guna polis atau polis pencen. Tidak perlu guna apa yang dibohongkan sebagai panel bebas. Hanya guna gambar-gambar dan rakaman-rakaman yang tersebar luas.

Melainkan yang diubahsuai, gambar-gambar dan rakaman-rakaman itu tidak berbohong dan tak pandai spin.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.