Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UBAH SEGERA, PANDANGAN INI RASANYA IKHLAS !

Pimpinan PAS Perak wajib baca! Faktor-faktor penyebab kenapa PAS hanya menang 6 kerusi.

+2
0
  
Print Friendly

Oleh: The Assassin
Umum mengetahui PAS memperolehi kerusi paling banyak di Perak tetapi merupakan parti dalam Pakatan Rakyat yang menang paling sikit. Walaupun memenangi kerusi paling sikit tetapi  dengan muafakat yang tinggi akhirnya seorang ADUN dari PAS telah dilantik menjadi MB iaitu Nizar Jamaludin. Dan orang PAS menyebut kerajaan Negeri Perak sebagai kerajaan PAS (ada akai ka?)

Ok. Lupakan perkara di atas dan mari kita perhatikan kedudukan populasi kaum di DUN yang telah dimenangi oleh PAS.

N11 Gunung Semanggol adalah istimewa. Di DUN inilah munculnya parti PAS! Bukan di Kelantan atau Terengganu! (cari sendiri sejarah asal usul PAS)

Majoriti pengundi melayu di sini sama seperti pengundi di Kelantan iaitu tingginya peratusan pengundi melayu meninggikan potensi untuk PAS menang!

Manakala di 5 DUN yang lain peratusan pengundi melayu adalah di bawah 75.3% jika DUN N08 Titi Serong dijadikan sandaran. Faktor kemenangan utama PAS di 5 DUN ini adalah faktor peratusan sokongan pengundi Cina dan India telah bertambah. (Tetapi PAS menwar-warkan pengundi melayu telah menyokong PAS!) Haiya!

Sebenarnya, dalam DUN yang ditandingi PAS terdapat DUN-DUN yang mempunyai peratusan pengundi hampir sama tetapi kalah (DUN mana cari sendiri!). Kenapa?
Setelah diselidiki, kisah-kisah di bawah ini mungkin dapt membantu sedikit sebanyak kita memahami kenapa PAS boleh kalah!
KISAH 1

Terdapat pimpinan atasan parti menampilkan muka mencuka setiapkali ada program bersama pengundi seolah-olah ada sesuatu yang beliau tidak berpuashati (Tak boleh ka nak berlakon sat?).
KISAH 2

Di satu DUN yang telah dimenangi ada ahli PAS menampilkan perlakuan yang sombong serta bertindak menghamburkan kata-kata tanpa memandang kiri kanan . Contoh: Terdapat sebuah surau di suatu Taman Perumahan kerap mengadakan majlis ilmu. Pengunjung terdiri dari pelbagai parti.  Sepatutnya bila bercampur gaul dengan pelbagai golongan ini, ahli PAS perlu menampilkan peribadi yang baik untuk menarik pengunjung yang berlainan parti meninggalkan parti mereka seterusnya turut menyokong PAS. Yang berlaku: Tanpa menghiraukan pengunjung, ada ahli PAS yang terus mengutuk UMNO sehinggakan jika ada yang tertarik untuk menyokong PAS lari semakin jauh!
KISAH 3

Kisah penyelewengan wang masjid. Di suatu daerah mengundi terdapat usaha memohon derma dari orang ramai dan juga bantuan dari kerajaan negeri untuk  membaikpulih masjid.  Bila orang UMNO dapat tau mereka telah masuk daun! Bila kerja baikpulih telah siap baki duit bantuan kerajaan negeri telah dirembat oleh orang UMNO! Yang membuat keadaan menjadi malang ialah lebihan dari kutipan dari orangramai dirempat oleh seorang ahli PAS! Natijahnya, Satu parlimen PAS busuk nama!
KISAH 4

Terdapat satu  DUN yang sepatutnya menang dalam PRU12 tetapi kalah. Setelah diselidiki didapati ahli-ahli PAS di DUN tersebut didapati tidak gemar bercampur gaul dengan orangramai di masjid dalam kariah sebaliknya lebih suka menyediri sesama ahli di markaz tanpa menghiraukan masyarakat! Ada akai ka? (Masalah ni bukan sahaja berlaku di DUN tersebut malah berlaku juga di DUN yang lain).
KISAH 5
Di beberapa  DUN yang lain pula bakal calon langsung tidak menyertai parti melakukan program mendekati pengundi. Alasan yang digunakan: “Kalau UMNO boleh boleh menang dengan kerja orang bawah je kenapa PAS tak boleh?” Ini memang celaka paling besar! Memang sah kalau menang perangai calon ni tak ubah macam wakil rakyat UMNO!
KISAH 6
Ada sesetengah DUN, Sikap perkauman adalah tinggi. Bukan setakat perkauman dengan Cina dan India malahan antara Melayu, Jawa dan Banjar! Teruk betul!

P/S: Keadaan belum terlambat untuk PAS Perak membetulkan keadaan. Aku nak hangpa menang. Kalau aku nak hangpa kalah malas pun aku  nak tulis aih! Toksah la dok cerita hangpa berpengalaman menempuh 12 kali PRU!  12  kali kalah pun nak bangga! Aku tak respek pun! Dan yang paling penting dari yang terpenting! hampir 40% pengundi kepala macam aku!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.