Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

POKOKNYA JIKA SESIAPA YANG IKHLAS, APA SALAHNYA BERJUMPA DENGAN PAS !

POKOKNYA DR ASRI JIKA IKHLAS DIA BOLEH BERTANYA PAS TERLEBIH DAHULU, BUKAN BUAT KENYATAAN YANG BENGONG !

HAL INI TELAH DITERANGKAN OLEH TUAN IBRAHIM TUAN MAN, ANDAINYA TIDAK DIPEROLEHI EMPAT ORANG SAKSI MAKA PESALAH MASIH BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN TAKZIR JIKA HAKIM MENDAPATI ADA KES DAN PERLU HUKUMAN DIJALANKAN, (ATAS TIMBANG  CARA HAKIM) CUMA PENERANGANNYA MUNGKIN TIDAK SAMPAI ATAU BELUM LAGI DISAMPAIKAN, KERANA ITU PAS PATUT ADAKAN SEMINAR HUDUD UNTUK MENERANGKAN PERKARA YANG BELUM JELAS, SEPERKARA LAGI MUNGKIN PAS SUDAH FAHAM PENDIRIAN SESIAPA YANG TIDAK SUKA KEPADA HUKUM  ISLAM TERSEBUT MAKA MEREKA MENCARI HELAH UNTUK MELEMAHKAN PUCUK PIMPINAN PAS, SEBAB ITU PIMPINAN PAS PERLU MENJAWABNYA  Pak Karanu

Saturday, August 25, 2012

Hukum HUDUD: Kritikan Dr Mahathir berasas. PAS yang beri gambaran salah dan tidak lengkap


 

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah memberi gambaran salah mengenai hukum hudud, atau pelaksanaan undang-undang Islam, sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan mengelirukan orang bukan Islam di Malaysia.
Beliau dipetik laporan versi dalam talian sebuah akhbar setempat semalam sebagai berkata bahawa Enakmen Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud), yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, menimbulkan salah faham terhadap isu tersebut sehingga sekarang.

Menurutnya, sebagai contoh dalam kes rogol, enakmen itu tidak jelas dan pengerusi DAP, Encik Karpal Singh, mungkin terkeliru dengan memikirkan hanya memerlukan empat saksi bagi menghukum pesalah jenayah itu, lapor Sinar Harian.
"Saya sudah jelaskan sejak dulu lagi bahawa pesalah rogol masih boleh dihukum jika tidak mempunyai empat saksi, maka qarinah diguna pakai, iaitu bukti kukuh lain.
"Jadi, PAS sebagai rakan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) gagal menerangkan kepada mereka mengenai undang-undang Islam sebenar," jelas beliau kepada akhbar itu kelmarin.
Dr Mohd Asri berkata demikian ketika mengulas pendirian Encik Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, sambil menyifatkannya sebagai mustahil dipraktikkan di Malaysia dan belum pasti dapat membendung jenayah.
Bekas mufti itu berkata PAS perlu bertindak lebih agresif dengan menerangkan hukum hudud kepada rakan dalam PR, selain daripada menyemak tafsiran hudud yang dicanangkannya agar ia lebih benar dan tepat.
Dr Mohd Asri turut menggariskan tiga golongan yang mengkritik hudud.
Golongan pertama mengkritik hudud kerana membenci hukuman itu semata-mata kerana ia terkandung dalam Islam, manakala golongan kedua mengkritiknya kerana pentafsiran hudud itu sendiri kurang jelas.
Golongan ketiga pula adalah mereka yang mahukan hudud, tetapi tidak melaksanakannya kerana keadaan dan suasana yang difikirkan belum sesuai dalam sesebuah negara Islam, jelasnya.
Mengulas kritikan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai hudud yang mahu dilaksanakan PAS di Kelantan itu pula, Dr Mohd Asri menegaskan kritikan Dr Mahathir itu tepat kerana menyifatkan enakmen tersebut sebagai tidak lengkap.
"Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai," jelasnya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.