Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AWAT HANG TAK SAMAN ?

MB Perak kesal Nizar 'tweet' tohmahan dibangkit pada sidang Dun

19 Disember 2012
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir 
 
IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini meluahkan rasa kesal dengan sikap wakil rakyat pembangkang kerana menggunakan laman Twitter untuk menyebarkan tohmahan yang dibangkit pada sidang dewan undangan negeri (DUN).

Katanya perbuatan Anggota DUN Pasir Panjang yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin itu menunjukkan beliau tidak berasa bersalah menyebarkan pembohongan.

"Nizar terus mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan penipuan, beliau rasa tidak bersalah dan tidak berdosa apabila mengeluarkan perkara seumpama itu dan ia (tindakan) seperti  menjadi sebahagian daripada kehidupannya yang suka memutarbelitkan kenyataan," katanya kepada pemberita di luar sidang DUN di sini.

Beliau mengulas kenyataan Nizar "Yb dato ngeh is now exposing 35,000 acres of land scandal given by Zambry n his exco to just one company rahman hydraulic", menerusi akaun Twitternya semalam, ketika Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) membangkitkan perkara itu pada sidang DUN.

"Bila dia (Nizar) 'tweet' ia akan dibaca oleh semua orang dan dia telah menyebarkan lagi perkara yang telah diputarbelitkan dan ia sesuatu yang tidak baik," kata Zambry.
Beliau turut menegaskan dakwaan pembangkang itu hanya tohmahan.

"Kalau dulu memang ada cadangan bukan hanya kepada Rahman Hydraulic tetapi juga syarikat-syarikat lain, ia cadangan supaya mereka dapat tanah penerokaan," kata Zambry.- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.