Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Zambry nafi tawar Nizar jawatan MB

20 Disember 2012
Zambry Abd Kadir
Zambry Abd Kadir
 
IPOH - Sidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini kecoh apabila beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) membangkitkan pemberian tanah melibatkan dua pemimpin DAP Perak sebagai habuan bagi melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Kekecohan bermula apabila Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) yang membahaskan Belanjawan Perak 2013 di persidangan Dun berhubung isu tanah di Perak.

Datuk Rosli Husin (BN-Trong) bangun dan meminta penjelasan mengenai sebidang tanah di Kelantan yang didakwa diberikan kepada dua pemimpin DAP terbabit sebagai pertukaran Nizar dilantik sebagai menteri besar sedangkan DAP memenangi banyak kerusi di Perak berbanding Pas pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Beliau berkata sebelum pelantikan menteri besar sememangnya ada pertikaian antara DAP dan Pas mengenai siapa yang sepatutnya menjadi menteri besar.

Wong Kah Woh (DAP-Canning) yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu mencabar Rosli untuk mendedahkan bukti dakwaannya di luar dewan.

"Sekiranya dakwaan Trong benar perlu bersikap jantan, sekiranya ada bukti buat kenyataan di luar untuk tentukan," katanya.

Khusairi kemudian mendedahkan dua pembeli tanah seluas lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan iaitu Syarikat Efektif Kirana Sdn Bhd dan Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) untuk tujuan pembalakan.

Beliau juga mendakwa transaksi itu juga melibatkan Setiausaha DAP Perak, Nga Koo Meng (DAP-Pantai Remis).

Khusairi juga mempersoalkan adakah kerajaan Kelantan yang diterajui Pas turut terlibat dalam memastikan calon daripada parti itu dilantik sebagai
menteri besar Perak.

Nizar (Pas-Pasir Panjang) kemudian mendedahkan kononnya beliau ditawarkan jawatan menteri besar jika menyertai Umno selepas keputusan PRU-12 diumumkan.

"Zambry (Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) masa menjadi Exco ketika baik dengan abang saya. Dia (Zambry) menghubungi abang saya memberitahu bahawa Adun Pangkor (Zambry) menawarkan saya untuk menjadi menteri besar sekiranya saya menyertai Umno," katanya.

Zambry kemudian bangun dan mendakwa Nizar sekali lagi melakukan pembohongan dan beliau bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak pernah membuat
tawaran itu.

"Saya melihat Adun Pasir Panjang ini hidup penuh dengan pembohongan, kalau nak bersumpah saya akan bersumpah dan saya berani bersemuka dengan orang itu (abang Nizar)," katanya.

Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) kemudian bangun menjelaskan bahawa Zambry tidak mempunyai kuasa dalam isu pelantikan menteri besar ketika itu memandangkan beliau (Tajol Rosli) adalah Pengerusi Barisan Nasional Perak dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Menyambung perbahasan, Khusairi turut mempersoalkan bagaimana pemimpin DAP itu memperoleh duit untuk membeli tanah walaupun hanya 11 bulan pakatan
pembangkang memerintah Perak.

Perdebatan itu berterusan sehingga Speaker Datuk R. Ganesan mengarahkan Khusairi menyambung perbahasan. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.