Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISU LAPOK, DAH TAK DE ISU KE ?

Pihak berwajib perlu siasat Amanat Hadi, kata Shafie Apdal

20 Disember 2012
JITRA - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihak berwajib perlu menyiasat dengan lebih teliti amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang membawa kepada perpecahan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, siasatan tersebut perlu dilakukan dengan segera agar tidak berlaku kekeliruan dan keraguan di kalangan orang Islam itu sendiri.

"Maklumlah bila ada kepentingan politik kadang-kadang agama diperalat oleh pihak tertentu dan kita tak ingin perkara ini berlaku hingga timbul kekeliruan dan perpecahan umat Islam," katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Shafie berkata, disebabkan amanat tersebutlah menjadikan orang Pas yang taksub sanggup tidak mahu solat berimamkan orang Umno, tidak mahu makan masakan yang dimasak oleh Umno dan ada yang sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Himpunan Perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kedah dan Pelancaran Jom P Karnival Niaga Napoh dekat sini. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.