Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

5,000 MANA CUKUP

Pas Pusat ulang cetak buku Amanat Haji Hadi
Wartawan Sinar Harian
8 Januari 2013
 buku Amanat Haji Hadi
Mohd Khalil memegang buku Amanat Haji Hadi yang akan diulang cetak.
 
MARANG - Di sebalik polemik amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun 1981 yang kembali hangat, Jabatan Penerangan Pas Pusat akan mengulang cetak sebuah buku bertajuk Amanat Haji Hadi bagi memberikan penjelasan kepada isu-isu berkaitan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang dijangka akan melancarkan buku tulisannya itu pada majlis yang bakal diadakan di Dewan Tok Guru di pekarangan Masjid Rusila, Marang pada Jumaat ini.

Buku berkulit depan berwarna hijau dengan gambar wajah Presiden Pas itu dicetak pada 2002 dan diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Pas Pusat, bagaimanapun berbeza dengan buku Amanat Haji Hadi, Amanat Haji Mahathir dan Haji Najib.

Terdahulu, Jabatan Penerangan Pemuda Pas Kelantan melancarkan buku Amanat Haji Hadi, Amanat Haji Mahathir dan Haji Najib yang diisi dengan fakta-fakta penting tentang amanat itu termasuk keratan akhbar membabitkan isu-isu dibincangkan.

Menurut Exco Dewan Pemuda Pas Malaysia, Mohd Khalil Abdul Hadi, buku Amanat Haji Hadi setebal 52 halaman itu juga mengandungi pelbagai input mengenai amanat itu, namun ia ditulis sendiri oleh Abdul Hadi Awang.

“Buku Amanat Haji Hadi lebih kepada memberikan penjelasan terperinci.

“Buku Amanat Haji Hadi mempunyai pelbagai tajuk iaitu jihad, negara Islam, perpecahan umat, mustika hadis dan Islam serta pelampau sebagai memberi penjelasan terperinci kepada isu-isu berkaitan amanat itu,” katanya.

Mohd Khalil yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Marang berkata, sebagai permulaan buku Amanat Haji Hadi itu akan diulang cetak sebanyak 5,000 naskah yang akan diedarkan secara percuma termasuk dijual kepada orang ramai.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.