Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AMARAN JANGAN TIMBULKAN PROVOKASI BERJALAN LANCOOO !

KDN: Jangan timbulkan provokasi
Wartawan Sinar Harian
5 Mei 2013
KDN: Jangan timbulkan provokasi
Hishammuddin menandatangani plak pada Majlis Peletakan Batu Asas Pusat Operasi Rela Taman Sri Lambak, semalam.
 
KLUANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menimbulkan provokasi yang boleh mendorong tercetusnya ketegangan sewaktu proses mengundi berlangsung hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak berkuasa termasuk PDRM bersedia demi pastikan kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Proses pilihan raya Malaysia selama ini berlangsung aman dan selamat kenapa perlu wujudkan situasi yang merugikan negara,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Peletakan Batu Asas Pusat Operasi Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Taman Sri Lambak, semalam.

Pada majlis sama, Hishammuddin berkata, agenda mentransformasi Rela berjalan dengan jayanya bersandarkan nilai yang baik serta gelombang perpaduan kaum tanpa warna kulit dan ideologi.
“Daripada semangat kesukarelawan ini, dapat memupuk pembinaan bangsa yang lebih berdaya saing dan menepati konsep 1Malaysia yang diilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kini keanggotaan Rela mencecah lebih tiga juta ahli dan angka ini membuktikan kesetiaan serta semangat patriotik dipertingkat ke tahap lebih tinggi,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.