Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HALANG DAN TANGKAP PENGUNDI HANTU BERJALAN LANCO, DI K. KUBU DUA HANTU CABUT LARI LEPAS DIBELASAH


Sunday, May 5, 2013

Halang pengundi hantu tapi jangan sampai guna kekerasan – Anwar

pauh

PULAU PINANG 5 MEI: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak melanggar undang-undang apabila mengesan kehadiran pengundi hantu kerana dikhuatiri Umno BN menjadikannya alasan menghalang kemaraan ke Putrajaya.


“Kita tak boleh ambil tindakan undang-undang di tangan kita, kita kena tunduk kepada proses. Kita boleh halang, kita boleh tanya tapi kalau langgar peraturan – gopoh dan marah, ini akan digunakan untuk menentang kita.

“Jadi, saya beri nasihat tegas kepada kawan-kawan di seluruh negara supaya pastikan kita ikut peraturan. Jangan izinkan mana-mana kawan ambil tindakan keras dan langgar undang-undang.

“Kalau ini dilakukan, ia akan digunakan sebagai alasan untuk mempersulit proses. Kita boleh halang, kita boleh tanya. Ikut landasan supaya jangan dijadikan alasan untuk ganggu gugat kemenangan kita menawan Putrajaya.

“Boleh saya dapat jaminan?” katanya sebelum dibalas laungan ‘Boleh’ dari puluhan ribu rakyat pada ceramah Grand Finale di Tapak Expo Seberang Jaya di sini, malam tadi.

 
Ketua Umum KEADILAN itu kesal kerana kerajaan Umno BN bukan sahaja menipu dan merompak kekayaan negara, malah hak rakyat untuk memilih pemimpin turut diganggu gugat.
Selain itu, Anwar juga meminta petugas datang awal bagi mengelakkan masalah manakala penyokong membantu memantau keadaan sekitar termasuk kemungkinan samseng Umno mengganggu kelancaran proses PRU 13.

“Lepas undi jangan balik. Mengundi kemudian pantau kawasan supaya jangan ada gangguan lain. Jangan ada samseng sebelah sana ganggu mana-mana petugas kita,” katanya.

Mendedahkan maklumat terbaru betapa Umno semakin hilang sokongan hingga terpaksa meminta pertolongan daripada Tun Dr Mahatir Mohamad dalam kempen mereka, beliau menyifatkan Pakatan memiliki peluang baik untuk menawan Putrajaya pada PRU 13.

“Yakinlah, Ini peluang terbaik,” katanya.
Untuk tonton rakaman, KLIK INI.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.