Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, May 25, 2013

PERJUMPAAN SULIT MENTERI KDN DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG DIDEDAHKAN!

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin pembangkang dan mencapai persetujuan perhimpunan diadakan secara aman. 
Bagaimanapun, menurut Ahmad Zahid pemimpin pembangkang berkenaan "menyanyikan lagu yang berlainan" apabila bersama dengan penyokong mereka. 
"Saya meraikan perbezaan pendapat dan bersetuju untuk berbincang dengan mereka. Mereka pun bersetuju untuk mengadakan perhimpunan secara aman dengan memberi notis 10 hari, perhimpunan sepatutnya diadakan di tempat tertutup dan perhimpunan tidak menimbulkan provokasi," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Hello Malaysia terbitan Bernama TV, di Wisma Bernama malam tadi. 
Persetujuan itu katanya dicapai bagi mengelakkan timbul masalah yang tidak diingini. Bagaimanapun, Ahmad Zahid enggan mendedahkan nama pemimpin pembangkang terbabit kerana menghormati kerahsian perjumpaan itu. 
Pembangkang telah menganjurkan beberapa  perhimpunan di seluruh negara, kononnya untuk membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 dan mendakwa mereka yang sepatutnya mentadbir di Putrajaya berdasarkan undi popular. 
Ahmad Zahid pada rancangan temu bual itu, berkata kebanyakan perhimpunan terbabit diadakan tanpa permit polis dan juga berbentuk provokasi. 
"Bila dengan saya, setuju dengan pendapat saya (berhubung perhimpunan aman), tetapi bila dengan penyokong mereka, lain pula ceritanya. Dah macam budaya tempe. Pagi kacang, petang dah ada kulat dan jadi tempe pula," katanya. 
Ahmad Zahid berkata beliau menghormati pemimpin PAS kerana menerima keputusan pilihan raya. Beliau menyifatkan tindakan pemimpin pembangkang lain yang tidak bersetuju dengan pandangan pemimpin PAS sebagai 'desperado' kerana sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai objektif menawan Putrajaya. 
Ahmad Zahid berkata mereka menjadi desperado kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan pada pilihanraya umum, 5 Mei lepas. Sebenarnya mereka lebih kecewa kerana tidak dapat mencapai impian untuk menguasai kerajaan persekutuan berbanding Barisan Nasional yang tidak mendapat majoriti dua pertiga, katanya. 
Mengenai tindakan polis menahan dua tokoh pembangkang dan seorang aktivis sosial serta merampas akhbar dan majalah terbitan pembangkang kerana melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, beliau berkata polis dan agensi di bawah kementeriannya hanya menguatkuasakan akta terbabit. 
Beliau berkata mereka bertindak secara profesional tanpa campur tangan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri.  
"Salah ke kalau polis bertindak dalam menguatkuasakan peraturan dan akta yang sedia ada," katanya - Utara News

MiM : Tak salah. Malah, rakyat amat mengharapkan agar pihak berkuasa meneruskan tanggungjawab mereka tanpa mempedulikan propaganda Pakatan pembangkang yang memburuk-burukkan mereka selama ini.

Dan satu provokasi pemimpin Pakatan pembangkang yang low class dan memalukan ialah ceramah Mahfuz Omar. Lihat video di bawah :

Video melampau pemimpn PAS


Satu lagi pembohongan besar Pakatan Pembangkang tentang PRU13 terjawap : KLIK SINI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.