11 September, 2013
Ketua Polis Negara Aibkan Najib
Kenyataan
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis tidak akan
membuat siasatan baru terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya
Shaariibuu dilihat seperti mahu "memalukan" Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed
Hanipa Maidin berpendapat kenyataan tersebut juga boleh menjatuhkan imej
negara kerana boleh dilihat tidak serius dalam soal menegakkan
keadilan.
"Saya
melihat kenyataan KPN itu hanya bertujuan untuk memalukan Najib tidak
ada sebab lain dan kalau ada sebab lain kenapa beliau tidak mahu
meneruskan siasatan baru.
"Ini merupakan perbuatan jenayah
yang cukup berat, KPN tidak boleh buat tidak kisah tentang perbuatan
tersebut dan kita perlu ingat ia akan melibatkan imej negara ini," jelas
beliau kepada Harakahdaily.
Katanya, adalah tidak mungkin
berlaku sesuatu pembunuhan tetapi kita tidak mengetahui siapa
pembunuhnya, dan pihak berkuasa pula mengambil sikap tidak mahu
meneruskan siasatan sehingga tertangkapnya pembunuh sebenar.
Beliau juga melahirkan kebimbangan kes ini menjadi satu lagi episod jenaka kepada sistem keadilan negara.
"Kalau polis tak nak siasat, kita yang perlu siasat polis apa penyebab utama mereka tidak mahu meneruskan siasatan.
"Ini memperlihatkan seolah-oleh
negara kita ini tidak mempunyai undang-undang. Tapi dalam kes
membabitkan Pakatan Rakyat, polis nampaknya berebut-rebut mahu siasat,"
katanya yang juga seorang peguam.
Bagi beliau, penyelesaian
terbaik dalam isu ini adalah dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan di
Raja, yang mempunyai kuasa untuk menyiasat keseluruhan termasuk dalam
jabatan polis itu sendiri. ~harakahdaily



0 orang berkata:
Post a Comment