Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEHEBATAN POLIS MALAYSIA



Polis kenal pasti identiti suspek kes pembunuhan timbalan ketua pengarah kastam - Bernama

September 11, 2013
Latest Update: September 11, 2013 06:48 pm
 
 
  Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) di Putrajaya pada 26 April lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata pengecaman suspek berumur 22 hingga 30 tahun itu dibuat melalui foto dan tindakan memberkas suspek akan dibuat dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau enggan menyiarkan gambar suspek kerana kes itu masih dalam siasatan.

Dalam perkembangan lain, polis menahan pasangan suami isteri berumur 51 dan 55 tahun pada 28 Ogos lepas kerana dipercayai mendera anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun di Jalan Pahang, Setapak, di sini.

Khairi berkata kedua-dua suspek yang merupakan peniaga itu ditahan susulan laporan polis oleh seorang guru sebuah sekolah di Setapak, sehari sebelum kejadian.

"Guru tersebut mendapati kanak-kanak malang itu mengalami kecederaan parah di bahagian badan, kaki, mulut dan kepala. Kanak-kanak itu hadir ke sekolah dengan keadaan luka yang kronik dan ibu bapanya dipanggil untuk diambil keterangan.

"Pihak sekolah telah membuat inkuiri terhadap kanak-kanak berkenaan dan mendapati dia dipukul oleh kedua ibu bapanya," katanya sambil menambah pihak sekolah yang berasa curiga dengan kecederaan kanak-kanak itu telah membuat laporan polis.

Khairi berkata akibat trauma, kanak-kanak malang itu enggan hadir ke sekolah.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, polis menangkap dua suspek yang dipercayai anggota kongsi gelap setelah mendapati suspek mempamerkan tatu yang mempunyai elemen kongsi gelap dalam Ops Cantas Khas dua hari lepas.

"Tangkapan kedua-dua suspek di Brickfields dan Cheras ini menjadikan jumlah kes di bawah akta ini adalah sebanyak 36. Kedua-dua suspek kini ditahan reman dan polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355)," katanya. – Bernama, September 11, 2013.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.