11 September, 2013
Saksi Terkemuka RCI Projek IC Sabah Hadir.. Saksikanlah Wayangnya
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, beliau tidak pernah mendengar
mengenai "Projek IC" sehingga baru-baru ini dan tidak pernah
mengeluarkan mana-mana perintah berkaitan pemberian kad pengenalan
secara sembarangan kepada pendatang asing di Sabah.
Bekas perdana menteri yang berpakaian sut kelabu lengkap dengan tali
leher merah dan kemeja ungu dan berusia 88 tahun itu mengundang tawa
mahkamah yang penuh sesak apabila dengan sinis berkata:”Terima kasih
banyak kepada pegawai Manoi Kurup yang memberitahunya bahawa Projek IC
juga dikenali sebagai Projek M, M maknanya untuk Mahathir.
“Saya tidak pernah tahu mengenai Projek IC sehinggalah baru-baru ini,”
katanya ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja
(RCI) berhubung dengan pendatang haram di Sabah.
Dr Mahathir mendakwa, beliau tidak kisah apabila namanya digunakan, dan
berkata namanya digunakan di banyak tempat dan beliau digelar perkauman
dan seorang ultra.
“Saya tidak pernah peduli dan kisah mengenai perkara itu,” katanya dan
menambah tidak pernah memberi sebarang arahan kepada bekas Ketua Menteri
Sabah, Tan Sri Harris Salleh atau mana-mana individu merujuk kepada
pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing.
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini dikawal lebih ketat daripada
biasa dengan jumlah pengunjung lebih ramai sejak RCI bermula, apabila
tersebar mengenai saksi ke-209 RCI ialah saksi paling terkemuka. Polis
memeriksa lebih 140 orang yang memasuki ruang mahkamah dengan alat
pengesan logam.
Ramai yang lain, kebanyakannya penyokong Dr Mahathir menunggu dengan
sabar di luar mahkamah. Tun Siti Hasmah Ali, isteri Dr Mahathir adalah
yang pertama masuk ke dalam mahkamah kira-kira jam 9.24 pagi sebelum
perdana menteri paling lama berkhidmat itu memasuki mahkamah, beberapa
minit kemudian. ~the malaysian insider
_400_266_100.jpg)


0 orang berkata:
Post a Comment