4/09/13
Naik lagi !!.....
Persatuan Pengusaha Pengangkutan
Perdagangan Wilayan Utara menaikkan caj perkhidmatan kenderaan
perdagangan sebanyak lima peratus berkuatkuasa hari ini.
Presidennya Datuk Yusoff Ismail berkata kenaikan caj itu mendapat
persetujuan daripada 1,000 anggotanya yang juga pengusaha kenderaan
perdagangan berikutan kenaikan harga minyak diesel sebanyak 20 sen yang
diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahad lepas.
Beliau berkata kenaikan caj itu mengambil kira kos tambahan yang perlu
ditanggung antara RM130 hingga RM150 bagi setiap perjalanan dari Alor
Setar ke Kuala Lumpur atau Singapura.
"Sebelum harga minyak naik setiap kenderaan perdagangan ini menggunakan
antara 700 hingga 800 liter diesel pada kadar RM1.80 seliter. Tetapi
kenaikan 20 sen ini akan menambahkan lagi kos, namun kadar lima peratus
tersebut masih rendah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan
pertemuan dengan pengusaha lori di Kawasan Perindustrian Mergong di Alor
Setar.
Yusoff berkata harga diesel di negara ini masih pada tahap terendah
berbanding dengan Thailand iaitu RM3 dan caj pengangkutan yang dikenakan
pihaknya adalah pada tahap berpatutan dan tidak membebankan orang
ramai.
Yusoff yang juga Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake) berkata
kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen turut memberi kesan kenaikan harga
barangan lain tetapi bukan secara mendadak.
"Saya yakin kenaikan harga barangan runcit hanya akan naik sekitar satu
hingga lima sen sahaja dan jika ada barangan itu melambung tinggi
(tindakan) peniaga itu tidak adil dan mereka ambil kesempatan," katanya.
Sementara itu, pengusaha kenderaan perdagangan, Abdul Ghani Saud berkata
kenaikan caj berkenaan adalah paling minimum walaupun kos yang
terpaksa ditanggung mereka amat tinggi.
- Bernama


0 orang berkata:
Post a Comment