Tuesday, September 3, 2013
Minyak Naik: Golongan Yang Menyelamatkan BN Lebih Tertekan?
Jangan lupa penduduk luar bandar selamatkan BN PRU13, kata bekas bos NSTP
OLEH MD IZWAN
SEPTEMBER 03, 2013
OLEH MD IZWAN
SEPTEMBER 03, 2013
Datuk A. Kadir
Jasin (pic) membidas kerajaan Barisan Nasional (BN) ekoran keputusan
menaikkan harga minyak semalam, serta menggesa kerajaan tidak lupa akan
rakyat luar bandar yang menyelamatkan mereka pada pilihan raya ke-13
lalu.
Bekas Ketua
Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) tersebut menegaskan
kenaikkan tersebut akan menekan rakyat khususnya luar bandar, dimana
keputusan pilihan raya lalu telah menunjukkan secara jelas BN terselamat
kerana sokongan mereka.
"Pengurangan
subsidi menyebabkan harga minyak naik dan beban pengguna meningkat.
Menteri Kewangan kata, kenaikan terbaru ini akan menjimatkan kira-kira
RM1.1 bilion.
Beliau juga
mengecam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana
bersikap boros dan tidak berbelanja secara berhemah sehingga menjadikan
rakyat sebagai mangsa."Di mana penjimatan itu akan dibelanjakan kita
kena tahu. Harap-harap janganlah tumpu kepada bandar saja. Ingatlah
siapa yang menyelamatkan BN pada 5 Mei lalu!" bidas Kadir dalam tulisan
blognya susulan pengumuman kerajaan semalam.
"Dilihat dari
luar, nampak kerajaan boros. Belanja lawatan ke luar negara Perdana
Menteri saja RM44.07 juta sejak Mohd Najib jadi PM lima tahun lalu.
"Belanja baik pulih dan ubah suai kediaman rasmi pula berapa?" katanya lagi.
Selepas
berakhir pilihan raya 5 Mei lalu, penganalisis membuat kesimpulan
berlaku peralihan besar pengundi bandar dan kelas menengah yang
menyaksikan jurang antara bandar-luar bandar Malaysia semakin luas.
BN walaupun
berjaya mempertahankan kuasa persekutuan dalam pilihan raya paling
sengit negara, mereka telah kehilangan bandar-bandar besar dari George
Town ke Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar besar di Johor.
BN gagal untuk
menang di Selangor dan Pulau Pinang – dua negeri perindustrian di
Malaysia – walaupun berjaya merampas kembali Kedah, negeri pedalaman dan
jelapang padi itu.
Putrajaya
semalam mengumumkan kenaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen,
bagi memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal dalam
lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015
dan bajet berimbang menjelang 2020.
Langkah
tersebut mendapat sokongan pakar ekonomi yang menyifatkannya sebagai
baik bagi menangani hutang kerajaan yang semakin meningkat, iaitu ketika
ini berada pada paras 53.5 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) pada hujung tahun lalu.
Sejurus
pengumuman semalam, orang ramai bergegas dan memenuhi stesen minyak
serta meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap langkah kerajaan
tersebut.
Kali terakhir
minyak petrol RON95 dan diesel adalah naik pada tahun 2010, mengalami
kenaikan sebanyak 5 sen seliter. - 3 September, 2013


0 orang berkata:
Post a Comment