Terkini!!! (Kami Sokong) Menteri BesarKu Bertanding Naib Presiden UMNO Malaysia, Kajian Dahului 85% Pesaing.. Jom Terjah!!!
7:19 PM
No comments
ALOR SETAR: Menteri
Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir akan menimbang pandangan
rakan-rakannya sebelum membuat keputusan bertanding jawatan naib
presiden pada perhimpunan parti itu Disember ini.
"Saya
didatangi ramai kawan-kawan yang memberi bermacam pandangan (mengenai
pertandingan naib presiden) dan menilainya daripada pelbagai sudut.
"Buat
masa ini sukar hendak membuat keputusan," katanya apabila diminta
mengulas kajian sebuah blog bahawa beliau mendahului calon lain dengan
85 peratus.
Mukhriz
ditemui selepas menyampaikan sumbangan peribadi dan bantuan zakat
Jabatan Zakat Negeri Kedah kepada 35 pelajar negeri ini yang akan
berlepas ke Jordan Rabu ini untuk melanjutkan pengajian di tiga
universiti di negara itu.
Katanya beliau sedar mengenai kajian blog berkenaan namun tidak akan terpengaruh dengan laporannya.
Mukhriz
berkata beliau masih memberi keutamaan untuk membangunkan Kedah
daripada memikirkan untuk bertanding jawatan naib presiden dengan
tanggungjawab berat menanti beliau.
-BERNAMA



0 orang berkata:
Post a Comment