BERAPI!!! Setelah Dihentam Teruk - Pemandu Akhirnya Menjawab Isu “NAJIB SEWEL”.. Jom Terjah!!!
8:51 PM
No comments
Unit
Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dari Jabatan Perdana
Menteri menegaskan, semua pelantikan kakitangannya dibuat berdasarkan
meritokrasi, pengalaman profesional, etika kerja dan kemampuan untuk
menghasilkan kualiti kerja.
Menurut
satu kenyataan bertarikh 5 September akan tetapi hanya boleh diakses
media semalam, Pemandu juga menjelaskan, kakitangannya yang bertugas
sebagai Penganalisa Kanan, Farah Intan Burhanudin hanya mengulang untuk
mata pelajaran Bahasa Arab sahaja di Universiti Islam Antarabangsa
(UIA).
"Memang
dia mengulang untuk mata pelajaran Bahasa Arab yang menjadi mata
pelajaran wajib di UIA, tetapi dia tidak pernah mengulang untuk mata
pelajaran subjek teras.
"Farah
menamatkan pelajarannya di UIA dengan Ijazah Penuh Kepujian Kelas
Kedua," kata Penganalisis Pemandu Ashvin Khaira dalam kenyataan itu.
Pemandu
juga menjelaskan, denda yang dikenakan ke atas Farah oleh Majlis Peguam
adalah denda pentadbiran sahaja kerana kegagalan beliau memaklumkan
pertukaran kerja dari peguam kepada bertugas dengan Pemandu.
Penjelasan
ini dibuat Pemandu bagi menjawab segala tuduhan yang dikenakan blogger
Umno terhadapnya baru-baru ini sehingga mengaitkan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak sebagai “sewel”.
Syed
Akbar Ali melalui blognya, OutSyed The Box, menggunakan nama Datuk
“Sewel” Najib Tun Razak merujuk kepada presiden Umno itu.
Menurut
kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
sewel bermaksud tidak begitu waras atau tidak siuman.
Serangan
Syed Akbar dalam tulisannya bertajuk “The PM's Screwup Team – Senarai
Pegawai Pemandu, Bersih Supporters Etc" itu disiarkan juga di blog Rocky
Bru, milik Datuk Ahirudin Atan, blogger yang rapat dengan bekas perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kedua-dua
mereka sepakat pembentukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
(Pemandu), badan yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau pelaksanaan
polisi kerajaan, adalah membazirkan wang negara.
Mereka
memaparkan bagaimana staf-staf Pemandu diberikan gaji tinggi berbanding
dengan pegawai kerajaan lain yang jauh lebih lama bertugas dari mereka.
Mereka
turut mempertikaikan bagaimana Farah boleh dilantik sebagai pegawai
kanan Pemandu sedangkan sikapnya yang suka joli, mabuk dan pernah
dikenakan denda oleh Majlis Peguam.




0 orang berkata:
Post a Comment