POLIS BANYAK SANGAT TUGAS, SEPATUTNYA JALAN RAYA BAGI LA KAT JPJ, HAL LAUT BAGI LA KAT JABATAN LAUT, POLIS HUTAN BAGI LA KAT TENTERA, POLIS KALAU BOLEH BUAT TUGAS KEAMANAN DALAM NEGARA KHUSUS JENAYAH DAN CABANGNYA, JIKA POLIS NAK PIKUL SEMUA TENTU LA PAYAH ! Pak Karamu
Musa: Perlu undang-undang beri polis lebih kuasa
SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini
mencadangkan agar undang-undang baru menggantikan Ordinan Darurat (EO)
yang dimansuhkan pada 2009 memberikan lebih kuasa kepada polis untuk
membendung jenayah dengan lebih berkesan.
Menurutnya, undang-undang pencegahan sedia ada tidak cukup ‘taring’ termasuklah Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 kerana bidang kuasa yang terhad untuk menahan penjenayah.
“Undang-undang sedia ada hanya untuk menahan mereka, undang-undang tersebut tidak kuat.
“Oleh sebab itu,saya nyatakan adalah penting untuk pihak polis diberikan undang-undang yang lebih holistik, untuk menangani masalah ini," katanya ketika sesi wacana anjuran Sinar Harian ke-23 yang mengupas tajuk, Polis Hilang Sengat: Apa Selepas E0.
Wacana Sinar Harian ini membariskan panel yang terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Tan Sri Zaman Khan dan tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin serta dikendalikan oleh penganalisis jenayah, Datuk Akhbar Satar.
Sementera itu, dalam masa yang sama, beliau menegaskan rakyat Malaysia harus mengubah persepi mereka yang mengatakan undang-undang yang diwujudkan oleh kerajaan bersifat zalim dan menindas.
“Undang-undang tersebut diwujudkan adalah sebagai langkah pencegahan, bagi mengawal negara supaya berada dalam keadaan aman dan stabil, bukannya undang-undang zalim.
“Persepsi ini perlu diperbetulkan supaya masyarakat faham tujuan undang-undang itu diwujudkan,” tegasnya.

0 orang berkata:
Post a Comment