Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUAT LA APA YANG PATUT

14 September, 2013

Ketua Dewan Ulama PAS Buat Onar Lagi?

Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib (gambar) mencadangkan agar PAS mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.

Cadangan itu dikemukakan beliau melalui ucaptama kepada Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.

Hampir 1,000 pemimpin PAS di kalangan ulama menyertai perhimpunan yang diadakan menjelang muktamar PAS ke 59 22 November depan di Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, tiga muktamar PAS berturut-turut meluluskan usul agar hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

Multaqa Ulama PAS yang diadakan di Alor Setar hari ini.Dalam pilihan raya lalu PAS menang 21 kerusi Parlimen dan hilang kerajaan negeri Kedah berbanding PRU-12 menang 23 kerusi Parlimen dan menang di Kedah.

Bagi melaksanakan kajian ini Harun dalam kertasnya itu mencadangkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan PKR.

"Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi PAS kepada PKR juga antara faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu diberi perhatian," kata Harun.  ~the malaysian insider

1 orang berkata:

Anonymous said...

Harun Taib ini sudah berong. Sokong sajalah kalau untuk tujuan baik. Tindakan DSAI itu bukan nak tubuh kerajaang perpaduang. Nak bincang pasal ekonomi negara, demi kepentingan rakyat. Nampak sangat dia tak faham politik.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.