Ops Cantas: 20 individu lagi ditahan
PETALING JAYA – Polis menahan 20 individu dalam Ops Cantas Khas
mengesan penjenayah disyaki terbabit dalam kegiatan kongsi gelap di
pangsapuri Desa Mentari dan Desaria di sini, awal pagi tadi.
Kebanyakan individu yang ditahan berusia 18 hingga 30 tahun dan mempunyai rekod jenayah lampau serta pernah disabit berhubung kesalahan dadah.
Ketika serbuan dibuat anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, seorang lelaki dikatakan nekad memanjat dari tingkat ke tingkat bahagian luar pangsapuri itu setelah menyedari kehadiran polis dan dapat melepaskan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Selangor, Senior Asisten Komisioner, Mohd Adnan Abdullah berkata, lokasi dipilih berdasarkan rekod dan maklumat individu yang dikehendaki berada atau menetap.
Menurutnya kawasan dilabel panas itu sering berlaku pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap.
AKAN MENYUSUL.

0 orang berkata:
Post a Comment