Tabung Haji galak jemaah bayar dam di Malaysia
MADINAH - Jemaah haji yang dijadual menunaikan haji tamattuk pada musim
haji tahun ini dinasihatkan membayar dam (denda) di tanah air terlebih
dahulu sebelum berlepas ke Tanah Suci.
Pengarah Operasi Kewangan Haji, Nor Aida Ahmad berkata, Tabung Haji telah memperkenalkan sistem bayaran dam awal di pejabat-pejabat cawangannya di Malaysia sejak Ogos lepas.
Katanya, setakat ini 8,000 jemaah di Malaysia telahpun membuat permohonan untuk membayar dam awal itu.
Selain itu, jemaah haji yang ingin melakukan ibadah korban di Makkah juga boleh membuat pembayaran awal di pejabat-pejabat cawangan Tabung Haji di Malaysia.
"Mulai tahun ini, kita menggalakkan jemaah haji membayar dam dan membayar daging korban sebelum mereka datang ke Tanah Suci bagi membolehkan mereka lebih fokus kepada ibadah dan tidak perlu berfikir mengenai dam atau ibadah korban," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dam ialah denda yang dikenakan ke atas seseorang yang mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau melakukan perkara-perkara yang dilarang.
Bagi jemaah yang datang awal ke Tanah Suci, mereka terpaksa membayar dam kerana menunaikan haji tamattuk iaitu mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan haji pada bulan yang sama.
Bayaran dam yang dikenakan ialah sebanyak 435 Riyal Arab Saudi (RM380.48) manakala ibadah korban pula ialah sebanyak 450 Riyal (RM393.60) bagi satu bahagian. Kadar tukaran mata wang di Arab Saudi ialah RM89 bagi 100 Riyal.
Nor Aida berkata, jemaah haji juga diingatkan supaya memastikan mempunyai baki wang yang mencukupi bagi urusan pengeluaran wang di Tanah Suci dan mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak dari Malaysia.
Mereka juga tidak perlu membawa buku akaun Tabung Haji ke Tanah Suci bagi mengelakkan kehilangan atau kerosakan kerana urusan boleh dilakukan dengan kad biometrik haji masing-masing.
"Kita tidak memerlukan buku akaun jemaah kerana kad biometrik itu boleh diimbas untuk membuat pengeluaran," katanya.
Beliau berkata, Tabung Haji membuka sembilan kaunter di dua hotel di Madinah dan enam pusat perkhidmatan kewangan tetap di enam buah bangunan di Makkah yang beroperasi dari 7.30 pagi sehingga 10 malam.
"Kita juga menawarkan perkhidmatan kaunter bergerak secara berjadual di hospital dan juga di beberapa lokasi yang dikenal pasti," katanya.
Nor Aida berkata, seseorang jemaah hanya dibenarkan mengeluarkan wang sebanyak 10,000 Riyal Arab Saudi sehari. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment