10 September, 2013
Berita Tergempar Buat Seluruh Pencinta-Pencinta Keadilan..
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan menjalankan siasatan
semula kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu walaupun
mahkamah sudah membebaskan dua suspek kes itu.
“Saya rasa tidak perlu, Kenapa kita perlu jalankan siasatan baru?”“Semua
orang perlu menghormati keputusan mahkamah,” kata Ketua Polis Negara
itu pada satu sidang media hari ini.
Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan bekas
anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal
Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh warga Mongolia itu.
Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton
Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara
membenarkan permohonan rayuan Azilah dan Sirul.
Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah
Alam atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan, Shah Alam
pada 2006.
Mereka pada ketika itu bertugas di UTK Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak.
Najib pada ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan.
Keputusan mahkamah itu turut mendapat perhatian dan menjadi topik bagi
warga siber di Internet apabila rata-ratanya meluahkan kecurigaan.
Antara persoalan paling kerap diutarakan ialah bagaimana rupa bekas
polis Azilah Hadri dan Siru Azhar Umar? Mengapa DSP Musa Safri tidak
dipanggil memberi keterangan?
Dan soalan yang terus berada di ruang siber, siapa bunuh Altantuya?
Kebanyakan ulasan yang dibuat di talian bernada sinis dengan salah
seorang pengguna Internet, Isana berkata: “Wow! Kalau begitu, Altantuya
pasti masih hidup kerana tidak ada sesiapa membunuhnya. `Endless
Possibilities’ hanya berlaku dalam 1Malaysia.” ~the malaysian insider



0 orang berkata:
Post a Comment