Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO CAM TU NAIK SEKUPANG LAGI

05 September, 2013

Statement Gempar Dari CUEPACS.. Saksikanlah

SEREMBAN - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyokong tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen, sekiranya memberi faedah kepada rakyat untuk masa hadapan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs bersetuju sekiranya kenaikan dibuat dapat membantu rakyat, terutamanya dalam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang dijangka akan dibentangkan dalam bajet pada penghujung tahun ini.

“Kita menyokong dengan kenaikan tersebut sekiranya kerajaan mengambil langkah memberi manfaat kepada rakyat dalam bentuk lain, seperti pemberian BRIM yang berganda iaitu daripada RM500 kepada RM1,000, juga bantuan lain kepada rakyat.

“Selain itu, kita juga mahu agar bantuan yang diberi kerajaan perlulah dilakukan secara berterusan, bagi memastikan rakyatnya tidak rasa terbeban dengan kenaikan tersebut, kerana kita khuatir ada barang lain pula yang akan naik nanti.

“Walau bagaimana pun, saya mengharapkan kerajaan sudah memikirkan sesuatu bagi memberi manfaat berterusan kepada rakyatnya sebelum keputusan untuk menaikkan harga petrol dan diesel dilakukan, selain memikirkan impak daripada kenaikan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Omar, sekiranya kerajaan mengurangkan subsidi tersebut, ini bermakna lebihan terhadap peruntukan itu seharusnya dikembalikan semula kepada rakyat, tidak kira dalam apa jua bentuk. ~sinar harian

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.