18 September, 2013
Isu Panas Ini Hanya Rekaan Hassan Ali
SHAH ALAM: PAS Selangor menafikan berlakunya amalan asabiyah (berpuak)
antara kumpulan ulama-profesional-erdogan-kerajaan perpaduan (UG) dalam
parti sehingga timbul perbalahan antara mereka.
Sebaliknya persepsi itu wujud berpunca daripada permainan politik bekas
Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali yang menerapkan fahaman terbabit
sebelum dipecat parti.
Katanya, isu itu pernah wujud sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12)
lagi tetapi kemudiannya senyap seketika selepas PAS menang besar.
“Isu pertembungan Ulama-Profesional hanya rekaan.“Ia dibawa dulu oleh
Hasan Ali, bila dia tak puas hati selepas PRU 2008 dia bawa isu itu,”
katanya.
Sehubungan itu, Khalid mengingatkan ahli dan penyokong PAS supaya tidak
mudah termakan dengan rekaan yang dibawa Umno-Barisan Nasional (BN)
bahawa wujud kumpulan tertentu dalam parti dan mahu memecahkan-
belahkannya.
Tegasnya, PAS tidak membezakan mana-mana pihak dan menghargai semua
golongan termasuk profesional dan aktivis yang boleh berhujah
berlandaskan ilmu.
“Jangan jadikan diri kamu (ahli PAS)orang yang memanjangkan dakyah Umno-BN dalam PAS,” katanya.
Katanya, gabungan padu antara golongan profesional dan ulama adalah
kaedah mantap yang perlu diperkukuhkan demi mencapai kejayaan.
Sementara itu, dalam reaksi terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang mahu Umno-PAS bersatu demi Islam, pelawaan itu
sama sekali ditolak.
“Selagi ada bulan, bintang dan matahari, PAS takkan bekerjasama dengan Umno,” tegas Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib.
Menurut Saari, jika Umno parti itu perlu mengubah dasar yang dulunya
bersifat zalim kepada Islam jika ikhlas mahu menjalinkan kerjasama.
Semalam, Muhyiddin dalam sesi dialog di Universiti Islam Antarabangsa
(UIA) menyatakan hasrat melihat Umno dan PAS bersatu demi memastikan
kekuatan Islam terus kukuh dinegara ini.
Muhyiddin berkata, Umno bersikap terbuka dan tidak ada masalah jika ia membabitkan kebaikan Melayu dan Islam. ~free malaysia today



0 orang berkata:
Post a Comment