Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MANUSIA BUKAN HAIWAN, MEREKA BOLEH BERFIKIR SEBELUM BERTAWAKKAL

MANUSIA KADANGKALA LUPA TUGASNYA YANG DIAMANAHKAN OLEH ALLAH SEBAGAI KHALIFAH DI PLANET BUMI, LALU MEREKA MENYERAHKAN SEMUA TAKDIR KEPADA ALLAH APABILA MEREKA MENEMUI JALAN BUNTU UNTUK MENJAWAB SEGALA PERSOALAN, PADA HAL IKHTIAR MASIH ADA, MEMANG SEMUA PERKARA DATANGNYA DARIPADA ALLAH, NAMUN AKAL MANUSIA YANG ALLAH KURNIAKAN PERLU FIKIRKAN UNTUK MENYELESAIKAN SEBARANG PERSOALAN SEKALIPUN SEMUANYA ITU DATANG DARIPADA ALLAH JUGA, KEBOLEHAN MANUSIA YANG ALLAH BERIKAN AKAL SUDAH CUKUP UNTUK BERIKHTIAR UNTUK MENTABDIR NEGARA, DAN MEREKA TAK PERLU MENYANDARKAN KEPADA ALLAH SEBAGAI JALAN KELUAR UNTUK MENGHADAPI SEGALA KEBUNTUAN, MANUSIA BUKAN HAIWAN YANG TERUS DIKAWAL OLEH ALLAH KERANA AKALNYA PENDEK - Pak Karamu

Tentangan Rakyat Terhadap Kenaikan Harga Barang Pun Ketentuan Allah Juga!


Keratan akhbar di atas menunjukkan betapa dasyatnya kenyataan serang "ulamak muda" mengulas mengenai kenaikan harga barang terutama harga minyak yang diumumkan oleh PM baru-baru ini.

Mudah sahaja bagi beliau meletakkan "ketetapan Allah" sebagai alasan bagi membela kenaikan harga minyak tersebut.

Qada dan qadar adalah salah satu rukun iman, dan semua umat Islam wajib meyakini bahawa segala-segalanya, samada di langit atau pun di bumi adalah "ketetapan Allah". Itu adalah "hakikat". Namun di dalam Islam, sebelum sampai ke hakikat, ada "syariat" - peraturan - yang wajib di ikuti dan dipatuhi. Dan lantaran kerana syariatlah sekalian nabi dan rasul diutuskan kepada umat manusia.

Berkata para ulamak, syariat tanpa hakikat adalah hampa dan hakikat tanpa syariat adalah sesat.

Adalah tidak wajar untuk meletakkan alasan "ketetapan Allah" semata-mata untuk melakukan pembelaan terhadap apa juga perbuatan di alam syahadah sebelum dipatuhi segala "peraturan" (hukum syariat)nya.

Misalnya seseorang itu ditahan polis kerana telah berlaku kemalangan. Bolehkah beliau menjawab, "ah sudah ketentuan Allah bahawa, budak itu mati kerana dilanggar kereta!"

Dr. Asri, mantan mufti Perlis telah memberikan contoh yang agak baik:


Atau contoh kes ini: jika berlaku seseorang perogol ditangkap, bolehkah diterima alasan jika perogol itu menjawab: "oh sudah ketentuan Allah yang saya menjadi perogol" atau "sudah menjadi ketentuan Allah, budak itu menjadi mangsa rogol saya".

Jika demikian halnya maka tuan hakim pun boleh memberikan penghakiman begini:

"Kerana kamu kata sudah menjadi ketentuan Allah kamu menjadi seorang perogol, maka saya jatuhi hukuman sudah menjadi ketentuan Allah bahawa awak sang perogol dihukum dengan seratus kali sebatan!"

Dan mengikut analogi itu, maka kita menjawab kepada ulamak muda itu:

Tentangan rakyat terhadap kenaikan harga barang itu pun ketentuan Allah juga!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.