Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Masih terdapat peluru pada paha kanan Muhdalena
  • Muhdalena Muhdalena
1 / 1
PUTRAJAYA - Terdapat sebutir peluru bersama cebisannya pada paha kanan Muhdalena Ahmad, wanita didakwa terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri, Julai tahun lalu.

Perkara itu disahkan Doktor Siti Norhani Rafan semasa disoal balas peguam M Visvanathan semasa perbicaraan kes tersebut di mahkamah sesyen di sini, semalam.

Doktor berkenaan memaklumkan, dia yang ketika itu bertugas di wad ortopedik Hospital Putrajaya mendapati pesakit yang dirawatnya (Muhdalena) ketika itu sedar dan dalam keadaan stabil serta boleh menggerakkan kakinya seperti dalam keadaan normal.

Katanya, semasa pesakit itu dimasukkan ke bahagian kecemasan pada 9 Julai 2012, pesakit dibedah oleh seorang pakar ortopedik, manakala luka di bahagian paha kanan juga diberi rawatan.

“Bagaimanapun peluru tidak berjaya dikeluarkan kerana berada dekat saluran darah yang besar, yang boleh membahayakan nyawa pesakit,” katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Mohd Izhar, saksi pendakwaan ke sepuluh itu memaklumkan, pesakit diberi ubat tahan sakit dan antibiotik selama dua minggu sebelum dibenar keluar hospital pada 27 Julai 2012.

Sementara itu, Doktor Siti Norhani memaklumkan, beliau bersama pakar dan ketua jabatan ortopedik telah merujuk wanita itu ke unit psikiatri kerana melihat pada keadaan pesakit dan perkara yang berlaku pada hari kejadian.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh memaklumkan mahkamah, pihak peguam negara tidak bersetuju dengan permohonan peguam Muhdalena yang mengemukakan representasi, memohon agar anak guamnya tidak dihukum penjara sekiranya membuat pengakuan bersalah.

Jabatan Peguam Negara menolak representasi itu, dan meneruskan perbicaraan seperti ditetapkan,” katanya.

Perbicaraan bersambung 2 dan 3 Oktober depan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.