MNLF serang bandar kedua di selatan
ZAMBOANGA - FILIPINA. Tentera Filipina dilaporkan bertempur dengan
pemberontak Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), semalam selepas
kumpulan tersebut menyerang bandar kedua di selatan negara itu.
Gabenor Mujiv Hataman memaklumkan lima dilaporkan hilang dan dua turut cedera dalam insiden yang berlaku di pinggir bandar Lamitan, wilayah Basilan, di mana ratusan tebusan masih ditawan hingga kini.
Krisis yang berlarutan sejak tiga hari lalu didakwa hampir melumpuhkan bandar Zamboanga dan perkhidmatan feri serta penerbangan juga terpaksa ditangguhkan sejak Isnin lalu.
Menurut AP, selain itu, kira-kira 15,000 penduduk juga terpaksa berpindah dan tentera turut diarahkan supaya meningkatkan kawalan bagi mengelakkan krisis tersebut menjadi lebih buruk.

0 orang berkata:
Post a Comment