Kedudukan Shahrizat kembali digugat
SHAH ALAM - Selepas penarikan diri bekas Ketua Puteri Umno dalam
merebut jawatan Ketua Wanita sayap parti itu, semalam AJK Umno Kulim
Bandar Baharu, Raihan Suleiman menyuarakan hasrat untuk mencabar
penyandangnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau yang dipetik oleh sebuah portal berita berkata, perkara itu disuarakan ekoran ingin membawa perubahan dalam parti itu.
Katanya, perubahan yang ingin dilakukan itu memerlukan dirinya sendiri sebagai pemimpin.
"Saya perlu tunjuk kepada masyarakat saya mampu lakukannya.
"Saya juga akan memfailkan kertas pencalonan pada 21 September ini," jelasnya.
Raihan yang juga ahli Umno seumur hidup itu menegaskan, keputusan yang dilakukannya bukan untuk menyebabkan perpecahan parti.
"Bagaimana saya hendak sebabkan perpecahan jika saya sendiri tidak punya penyokong. Jika saya ada pun, saya akan beritahu mereka jangan benci Shahrizat kerana ALLAH telah beri dia peluang untuk memimpin lagi," katanya lagi.
Pemilihan Umno akan berlangsung pada 19 Oktober depan yang menyaksikan ramai menawarkan diri untuk bertanding dalam setiap jawatan dalam sayap-sayap parti.

0 orang berkata:
Post a Comment