Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAIK SEKUPANG LAGI, OK TAK ?

BN mahu jadi kerajaan bertanggungjawab
 
 
  • Muhyiddin Yassin Muhyiddin Yassin
1 / 1
JOHOR BAHRU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu menjadi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan bukan hanya kerajaan yang popular semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah kerajaan menaikkan harga minyak baru-baru ini bukan bermaksud membebankan rakyat tetapi perlu dilakukan bagi menyelamatkan ekonomi negara setelah mendapat nasihat pakar ekonomi.

"Walaupun tindakan itu agak mengejutkan tetapi ia adalah satu tindakan yang wajar, pemerhati dan penganalisis ekonomi di peringkat dunia mengatakan ia merupakan satu tindakan yang perlu dilakukan untuk pastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara maju dan membangun.

"Jika tidak dibuat langkah menurunkan sedikit subsidi itu, maka negara akan berhadapan dengan keadaan ekonomi yang meruncing," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Program Semarak Kasih di Kampung Maju Jaya, Kempas di sini hari ini yang turut dihadiri isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tiram, Datuk Maulizan Bujang serta barisan pimpinan kerajaan negeri dan lebih 3,000 penduduk dari kawasan sekitar.

Muhyiddin berkata beliau menyedari langkah kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter itu tidak disenangi rakyat, malah turut menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penyokong BN yang melahirkan kekecewaan terhadap langkah itu .

Namun, katanya, tidakan itu tidak dapat dielakkan berikutan keadaan ekonomi dan harga pasaran minyak yang tidak menentu, ekoran pergolakan di Asia Barat yang turut menjejaskan jumlah eksport Malaysia ke luar negara.

"Sebagai sebuah kerajaan yang telah dipilih mesti bersikap bertanggungjawab, ia tidak boleh kata Perdana Menteri (tolak kenaikan harga minyak) sebab kata nak popular, Timbalan Perdana Menteri pun tolak sebab kata nak popular.. kalau bagi percuma lagi popular.

"Jadi soal pokoknya bukan soal popular tetapi kami nak buat kerja yang betul, sebagai sebuah kerajaan mesti bertanggungjawab kami dinasihati oleh banyak pakar ekonomi sebelum mengambil langkah berkenaan," katanya.- Bernama
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.