Penganalisis saran Pas berdikari
SHAH ALAM – Pas wajar mengkaji semula tahaaluf siyaasi antara parti itu
bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya PKR seperti
mana disaran oleh Majlis Syura Ulama Pas, kelmarin.
Pensyarah Kanan Program Sains Politik Pusat Pengajian Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, tindakan itu perlu dilakukan jika mahu mengembalikan semula zaman kegemilangan mereka.
“Sebelum ini, sokongan orang Melayu amat tinggi kepada Pas disebabkan perjuangan parti adalah untuk memperjuang orang Melayu dan Islam.
“Namun, setelah bergabung dengan PR yang membawa perjuangan berbeza memperlihatkan sokongan kaum ini semakin berkurang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, ketiga-tiga parti di dalam PR tidak mempunyai ideologi politik yang sama menyebabkan Pas terpaksa mengikut hala tuju yang ditetapkan pakatan tersebut.
“Ia boleh diibaratkan seperti air dengan minyak, tidak dapat bersatu dalam mencari persamaan. Mereka hanya boleh bekerjasama demi kepentingan menjatuhkan BN sahaja,” katanya.
Beliau juga percaya, sekiranya Pas menerima baik cadangan tersebut dan berdiri sendiri, ia memberikan landskap politik baru dalam negara.
“Di mana ada dua parti besar iaitu Umno dan Pas sebagai pembela kepentingan Bumiputera seterusnya mendapat keyakinan rakyat untuk menyokong parti tersebut.

0 orang berkata:
Post a Comment