Wanita bertudung didiskriminasi diminta lapor pada kementerian
13/09/2013 6:17pm
MELAKA - Wanita bertudung yang didiskriminasi oleh mana-mana syarikat
dalam proses pengambilan pekerja disaran membuat aduan secara terus
kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi
membolehkan siasatan dijalankan.
Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kementerian berdepan
masalah untuk bertindak kerana tidak menerima laporan daripada wanita
bertudung yang menjadi mangsa.
"Kita nak sarankan kepada mereka untuk membuat aduan secara terus
kepada kementerian, setakat ini kita sudah menerima beberapa aduan dan
siasatan sudah mula di lakukan.
"Kalau berlaku diskriminasi, tolonglah bawa perkara ini kepada
kementerian, selepas itu kita akan membuat siasatan dengan terperinci,"
katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas me ngadakan lawatan
kerja di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jalan Hang Tuah di sini hari
ini. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz2elg3E0TG
Hakcipta terpelihara


0 orang berkata:
Post a Comment