Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Blogger Tricks

13/09/13

Hot !! Anwar bongkar isu ‘projek IC Mahathir’ minggu depan

KUALA LUMPUR 13 SEPTEMBER: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus bersandiwara dengan menjadikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mangsa seterusnya setelah menuduh kakitangan awam terlibat sepenuhnya dalam projek IC di Sabah.
Mahathir ketika memberi keterangan pada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pemberian kerakyatan kepada warga asing di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, 11 September lalu mendakwa tidak tahu menahu mengenai ‘Projek IC’ dan menyalahkan pegawai kerajaan kerana mengeluarkan dokuman kerakyatan kepada warga asing yang tidak layak.
IC PROJEK copy
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar akan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan bekas majikannya, Mahathir dalam sidang RCI di Kota Kinabalu minggu hadapan.

Dalam satu kiriman pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh pejabatnya kepada The Malaysian Insider hari ini, Anwar memaklumkan beliau akan membuat kenyataan di RCI.
“Datuk Seri akan beri statement beliau depan RCI minggu depan,” kata SMS itu.
Mahathir mendakwa kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, bekas timbalannya itu pasti tahu jika pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah dibuat secara rasmi oleh kerajaan.

Keadilandaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.