Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KFC AMBIL ALIH KALO LAGI BAIK

Rabu, 23 Oktober 2013

 

 









Tiada syarikat akan ambil alih hutang NFC, kata Najib


Tawaran pengambilalihan projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) kini tertutup apabila rundingan antara kerajaan dengan syarikat Kirimotonas Agro Sdn Bhd (KASB) gagal dimuktamadkan, menurut jawapan bertulis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Najib yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulis berkenaan berkata, PASB, syarikat usahasama antara Otoshitos Sdn Bhd dan Hannan Food Group dipilih berdasarkan persetujuan untuk menyuntik sejumlah RM20 juta sebagai modal.

"Sehingga kini kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan dan rundingan tersebut tamat," kata jawapan berkenaan.

KASB menawarkan untuk mengambil alih semua aset dan liabiliti NFC dalam usaha untuk memulihkan kembali NFC.

Pua dalam sidang medianya di Parlimen hari ini berkata, laporan berkenaan NFC yang disediakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudah siap.

Bagaimanapun, oleh kerana mesyuarat jawatankuasa di bawah Parlimen, pendedahan berkenaan dilakukan selepas selesai sidang Dewan Rakyat.

"Sebenarnya siasatan dan laporan sudah selesai dan dimuktamadkan dalam PAC lalu. Tetapi laporan disiapkan dalam sesi terakhir Parlimen penggal lalu, jadi tidak dapat bawa ke dalam Parlimen.

"Sekarang ia akan dibentangkan semula kepada ahli PAC yang baru dan jika semua ahli bersetuju dengan laporan PAC sebelum ini, kita akan bentangkan dalam Parlimen," kata Pua, yang juga anggota PAC.



0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.