Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS SEDANG BERPERANG SESAMA SENDIRI KAT KEDAH ?


Tuesday, October 1, 2013

PRK Sungai Limau - PAS Kedah perlu mengadakan GENCATAN SENJATA . !

Dalam suasana nak menghadapi PRK Sungai Limau, kenapa nak diadakan gencatan senjata? Apakah kerana ketua utama umno Dr Mahathir dan kuncu-kuncu pi ziarah Allahyarham, manaka anak Mukriz selaku MB Kedah telah menggunakan kuasanya mengarahkan semua masjid dan surau dalam negeri Kedah mengadakan majlis tahlil selama 3 malam berturut-turut..

(Minta maaf ya,, aku sekadar ceita sahaja bab tahlil ni, namun dari segi prinsip aku sama sekali tidak menyokong perbuatan ni,, arwah bapa aku sendiri mati pun tahun 1990 yang lalu aku tak buat.)

Bukan dengan umno wei nak diadakan gencatan senjata,,, Buat masa ini dengan umno selagi ada bulan dan bintang umno wajib ditentang..

Apa yang aku maksudkan ialah gencatan sesama kelompok yang ada dalam Pas Kedah,, malu lah wei,, baru-baru ni dalam Multaqa di Kedah kita duk sibuk nak kaji balib tahalluf siyasi dengan rakan Pakatan Parti PKR.

Kalau dah hubungan Silaturrahim sesama ahli Pas Kedah pun, duk kalut tak boleh nak diselesaikan sehingga tampok kuasa memerintah negeri dirampas balik oleh Umno,,ada hati nak kaji hubungan dengan PKR,,woii malu la sikit weii,,

Sepatutnya Pas sebagai yang paling senior dalam PR tunjuk contoh yang terbaik dari semua segi,, barulah boleh duk berangan keluar kenyataan kami nak Presiden parti jadi PM Malaysia jika Pakatan dapat menawan Putrajaya,,, ini tidak,, aduiii... sakit kepala woi...

Aku minta tolong sesangat,, hangpa jangan la duk bagi pemalu kat Presiden kita sendiri, sehingga beliau sendiri terpaksa mengeluar jawapan mengatakan beliau tak berminat nak jadi PM,, banyak kerja lain yang beliau perlu laksanakan,,,

Sekarang tinggal berapa minggu sahala lagi,, Pas akan berdepan dengan Umno,, dalam PRK Sungai Limau.. kalau di Kuala Besut tempohari,, masih boleh dimaafkan, kerana kita nak ambik kerusi hak umno punya,, tapi di Sungai Limau ni,, berat wei,, nak mempertahankan kerusi Pas,, rasanya PRK Sungai Limau boleh dijadikan titik permulaan penyatuan semula hubungan sesama ahli Pas Kedah.

Pada pendapat akulah,, yang paling terbaik..Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz tarik dari dulu buat sementara waktu ni sebagai pemangku Pesuruhjaya Pas,, rasanya tak ada rugi dengan melakukan perkara sedemikian,, malah jika Datuk Mahfuz berani berbuat sedemikian dengan sepenuh keihlasan, aku rasa imej datuk semakin menyinar meningkat untuk pemilihan masa muktamar nanti, percayalah,, yang penting nawaitu kita nak menyelamat dan merampas kembali negeri Kedah dari Umno.

Jadi siapa yang nak menerajui Pas Kedah, aku cuma nampak ada 2 orang,, yang pertama, 

Tuan Guru Haji Salleh Musa, 


rasanya kalau Tuan Guru ni, jadi Psj PAS Kedah, memang cantik,, bukan sahaja kedua-dua belah pihak  yang tak sependapat bakal boleh duduk semeja, bahkan golongan muda akar umbi, golongan muda yang minat demontrasi pun boleh terima dengan kepimpinan beliau...

Kedua, yang aku rasa boleh diguna pakai,, ialah Naib presiden Pas, Haji Salahuddin Ayub,  


kerjaya nya membantu Pas Kedah sebelum ini dah pun beliau laksanakan, beliau rasanya berpengalaman dengan situasi apa yang bergolak dalam Pas Kedah..

Tolonglah,, rasanya kita semua amat-amat menyayangi almarhum mantan presiden PAs Dato Fadzil Noor, tak rasa malukah kepada beliau,, tambah-tambah lagi beliau satu ketika dulu memimpin Pas Kedah,, boleh berada dalam aman harmoni, kenapa selepas beliau tiada, keadaan berlaku disebaliknya... 




Ingatlah pesanan berliau,, tolonglah,, Pas bukan hak ahli Pas Kedah sahaja, Pas adalah hak semua ahli Pas,, jadi apa yang berlaku dimana sahaja,  aku turut terasa..

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.