Isnin, November 11, 2013
WAJAH PEMILIK SEBENAR MYKAD 'ANGGOTA RELA' DIKENAL PASTI
Dalam entri
terdahulu, saya mengajukan soalan, bagaimanakah individu berstatus
pendatang tanpa izin, PATI, warga Indonesia, Arshanikum Endeyn, layak
menjadi ahli RELA?
Klik di sini.
Admin portal RELA memaklumkan, pihak berkuasa itu sedang menjalankan siasatan. Bagaimanapun sumber berkredibiliti saya telah melakukan tugasan cemerlang. Berikut gambar sebenar pemilik MyKad digunakan oleh pengawal keselamatan HARAM di atas.
Kepada RELA, sila rujuk Jabatan Pendaftaran Negara.
Kepada RELA, sila rujuk Jabatan Pendaftaran Negara.
Saya
difahamkan, pemilik MyKad disalahgunakan itu beralamat di Kampung Air,
Kota Kinabalu, Sabah. Tidak hairan jika dia tidak pernah ditugaskan oleh
RELA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kini ternyata, RELA telah dikelirukan oleh pengawal keselamatan HARAM, Arshanikum.
Kini ternyata, RELA telah dikelirukan oleh pengawal keselamatan HARAM, Arshanikum.
Jika Hamdan,
ahli keluarga atau kenalannya terbaca entri ini, sila hubungi saya
melalui emel mazidulakmal@yahoo.com. Penjelasan warga Malaysia itu
tentunya akan lebih mendedahkan pelbagai fakta berguna untuk rakyat
Malaysia.
Sebelum ini,
pengawal keselamatan menembak mati pegawai operasi AmBank di Subang
Jaya, Selangor, Laode Ardina Laode Rasila, 35 tahun, memaparkan di
laman facebooknya, dia mempunyai akaun bank di Malaysia.
Isu ini menarik perhatian sahabat saya, Zulhazri Abu Bakar, klik di sini. Berikut hasil maklumat perbincangan ringkas bersama beliau.
Isu ini menarik perhatian sahabat saya, Zulhazri Abu Bakar, klik di sini. Berikut hasil maklumat perbincangan ringkas bersama beliau.
Dalam terma perbankan, Mykad dikenali sebagai Government Multi Purpose Card, GMPC. Pada tahun 2007, Bank Negara mengarahkan semua institusi perbankan di Malaysia menggunakan biometric scanner, pengimbas cap jari untuk setiap individu membuka akaun bank.
Tujuannya untuk memastikan individu membawa MyKad terbabit, pemilik sebenar dokumen itu.
Justeru,
bagaimanakah Laode Ardina, disahkan menggunakan MyKad PALSU terlepas
daripada melalui proses pengimbasan cap jari di bank sehingga melayakkan
dia membuka akaun simpanan?
3 ulasan:
- Chempaka AzizIsnin, 11 November 2013 4:53:00 PTG GMT+8Btul tu, saya sendiri kdg kala menghadapi kesulitan bila mana mesin pengimbas my card itu 'pening'.beberapa kali mencuba baru mesin tsbt dpt mengesan cap cari.kne sapu losyen antara kaedahnya.PELIK btul klu my card palsu serta cap jari org itu blh dibaca dgn sgt baik oleh mesin tsbt.salah siapa ?Balas
Tindakan drastik bagi mengawal pendatang dari indonesia dan afrika perlu diambil berikutan peningkatan kes jenayah yg melibatkan warga ini. Mereka seolah-olah tidak menghormati undang2 negara ini. Harap saudara dapat membongkar lagi kegiatan warga ini, saya memberi sokongan padu terhadap saudara. Jika ada maklumat, sy akan salurkan pada saudara untuk disiasat. Insyaallah.Balas
ic palsu...satu isu yg sudah lama menghantui kami disabah...memang ada hikmah di atas segala yg berlaku...semoga isu ini dpt diselesaikan sehingga ke akar umbi.Balas




