Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, November 25, 2013

Harga Petrol RON 95 turun 11 sen... Tapi....


Mungkin inilah maksudnya 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' oleh Kerajaan Barisan Nasional pimpinan DS Najib Tun Razak..

Rakyat sekali lagi menjadi pilihan untuk menanggung beban untuk membolehkan pencapaian Kerajaan Barisan Nasional dalam mengurangkan defisit negara akibat dari urus tadbir ekonomi yang menghasilkan peningkatan hutang negara yang semakin menggunung.

Sebelum PRU13 yang lalu seorang Menteri telah berkata harga petrol RON95 tidak boleh diturunkan sewenang-wenangnya walaupun harga bahan itu menunjukkan aliran menurun di pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata RON95 adalah bahan bakar bersubsidi. Kerajaan perlu mengkaji dan mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat sebarang keputusan.

“Bagaimanapun, kerajaan tidak boleh menurunkan RON 95 seiring dengan penurunan harga minyak global dan kami hanya dapat berbuat demikian sekiranya tanggungan subsidi oleh kerajaan mencapai tahap kosong,” katanya

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan mampu menurunkan harga RON97 seiring penurunan harga minyak dunia.

Katanya, RON97 tidak disubsidi tetapi ditetapkan secara apungan terkawal dengan harga bulanannya diubah mengikut harga pasaran dunia.

“Pengiraan kami bukan berdasarkan harga minyak mentah, tetapi juga mengambil kira minyak diproses serta kos seperti tukaran mata wang, pengangkutan serta margin stesen minyak,” katanya.

...Mulai 14 November lalu Petrol RON 97 yang telah diapungkan harga pasaran semasanya mengikut harga pasaran dunia telah diturunkan harga jualannya sebanyak 10sen menjadikan harga jualannya RM2.75/ Liter.

Dengan itu ramailah yang berharap agar harga bagi RON 95 yang menjadi pilihan golongan berpendapatan rendah dan serdahana juga diturunkan oleh kerajaan kerana harga minyak dunia telah turun..

Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa harga pasaran bagi RON 95 pada masa ini telah diturunkan RM2.62 bagi setiap liter dari RM2.73 bagi setiap liter.

Dan aku sendiripun tidak menyedarinya, hinggalah seorang sahabat menghantar pesanan..

Assalam tuan.
Cuba tgk rege minyak ron95 dah turun rm2.62 dr rm2.75. Ari tu subsidi rm0.65, la ni subsidi rm0.52. So, harga jual masih sama rm2.10. Diaorg kurang subsidi rm 0.13 x de org cerita pun. Nanti isi minyak cuba tgk kat kertas yg diaorg dok tampal di pump tu. Td sy x sempat nak amik gambo kat stesen shell.

Beberapa hari kemudian beliau telah mengirimkan gambar di bawah ini yang menurutnya telah dirakamkan disebuah stesen minyak di Kuantan..

Bagi memastikan kesahehan aku singgah di dua stesen minyak untuk lebih pasti.. ini gambar di Petron, Juru.

Dan ini pula apa yang tertera di sebuah stesen Petronas di Ipoh, Perak.
Memang benar harga bagi Petrol RON95 telah diturunkan dari RM2.73/Liter(gambar bawah) menjadi RM2.62/Liter (gambar atas) dan ianya membuktikan kenyataan Menteri di atas kononnya kerajaan tidak boleh menurunkan harga RON 95 seiring dengan penurunan harga minyak global adalah auta semata-mata.


Tetapi untuk mengelakkan penurunan harga RON95 itu dinikmati oleh rakyat jelata (Macai UMNO dikecualikan) Kerajaan Barisan Nasional telah bertindak mengurangkan subsidi sebanyak 11 sen bagi membolehkan harga RON95 kekal seperti sedia ada..

Subsidi Kerajaan yang dulunya RM0.63 telah dikurangkan lagi 11 sen menjadi RM0.52..

Jika benar rakyat yang didahulukan sepatutnya subsidi itu dikekalkan... bukannya subsidi dipotong secara diam-diam...

Biarkan rakyat yang semakin terbeban dengan tekanan ekonomi ini yang menyerap penurunan tersebut bukannya Kerajaan

Mungkin kerana 'Rakyat didahulukan' maka rakyat yang dipilih untuk menanggung beban (Macai UMNO dikecualikan) akibat dari kegagalan urustadbir ekonomi negara dengan baik..

Macai UMNO dikecualikan bermaksud sebarang kenaikkan harga ini tidak melibatkan macai-macai UMNO kerana khabarnya Kad keahlian UMNO yang mereka miliki membolehkan mereka membayar harga minyak lebih murah..

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.