Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

27/11/13

MB Selangor nafi kadar premium tanah dinaikkan

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan kerajaan negeri telah menaikkan kadar premium tanah, sebaliknya menegaskan kenaikan disebabkan perubahan nilai pasaran tanah itu sendiri.

Beliau mengakui harga semasa tanah di Selangor semakin meningkat setiap tahun dan ia adalah punca utama kenaikan kadar premium tersebut.

"Kadar premium tanah di Selangor sentiasa meningkat bukan kerana peratus pengenaan cukai tetapi nilai semasa harga tanah.

"Sebagai contoh harga tanah di Petaling Jaya dalam lima tahun lepas sehingga sekarang kenaikannya melebihi 100 peratus," katanya menjawab pertanyaan mulut Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) mengenai dasar penentuan premium tanah oleh kerajaan negeri.

Abdul Khalid berkata, kadar premium tanah negeri adalah mengikut jenis-jenis seperti ditetapkan mengikut Kaedah-kaedah Tanah Selangor 2003 (pindaan 2005) dan kadar pengiraan premium tanah adalah sama mengikut daerah tetapi berbeza mengikut kegunaan tanah.

Menjawab soalan tambahan daripada Gan Pei Nei (PKR-Rawang), Abdul Khalid berkata jika tanah yang dimiliki ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) bukan atas tujuan komersial, mereka boleh memohon kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan potongan pembayaran (kadar premium tanah) atas dasar kebajikan.

"Jika tanah itu bertujuan komersial, kita tidak boleh bagi diskaun sewenang-wenangnya, sebab kalau kita hendak bagi (diskaun), kita kena bagi kepada semua," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.