22/03/14
Waris penumpang China tuduh M'sia pembunuh
Waris
penumpang warga China dalam pesawat MH370 yang hilang, meluahkan
kemarahan mereka terhadap para pegawai Malaysia dan menuduh mereka
membunuh, semasa taklimat di Beijing.
Menurut laporan AFP, para pegawai
tersebut berada di Hotel Lido untuk memberi taklimat kepada keluarga
penumpang tentangstatus usaha mencari dan menyelamat yang kini masuk ke
minggu ketiga hari ini.
Pihak polis terpaksa campur tangan untuk
menghalang mereka daripada menyerang delegasi tersebut, yang terpaksa
meninggalkan bilik tersebut.
"Kerajaan Malaysia menipu kita. Mereka
tidak berani berdepan dengan kami. Kerajaan Malaysia adalah pembunuh
terbesar," jerit seorang ahli keluarga di taklimat itu .
Pegawai Malaysia Airlines mengadakan
taklimat setiap hari kepada keluarga penumpang terbabit tetapi reaksi
hari ini adalah antara yang paling panas.
"Kerajaan Malaysia, beritahulah kita yang benar! Pulangkan orang-orang yang kita sayangi!" jerit seorang ahli ahli keluarga.
"Kami tidak boleh menanggungnya lagi... Mereka menawarkan kami pampasan, tetapi kami telah kehilangan seluruh keluarga kami.
"Mereka tidak boleh hanya memberitahu
kami untuk datang atau pergi sesuka hati mereka. Kita akan tunggu di
sini. Jika mereka tidak datang, kami tidak meninggalkan tempat ini,"
kata seorang wanita lain dipetik sebagai berkata.


0 orang berkata:
Post a Comment