Sunday, March 23, 2014
MH370: Mereka pula di kuarantin!
Ahli keuarga yang hilang sudahlah tak tahu khabar berita
Mereka pula terkurung
Apa tak sakit jadinya jiwa?
Media tidak dibenarkan masuk ke Hotel Bangi-Putrajaya
Mereka pula terkurung
Apa tak sakit jadinya jiwa?
Media tidak dibenarkan masuk ke Hotel Bangi-Putrajaya
Kawalan
ketat yang dihadapi pihak media amat berbeza berbeza dengan situasi
semasa membuat liputan di hotel sebelum ini yangmenempatkan keluarga
penumpang. – Gambar The Malaysian Insider
Hotel
Bangi-Putrajaya di Bangi yang menempatkan kira-kira 20 anggota keluarga
penumpang warga Cina pesawat MH370, diberi kawalan ketat, di pintu masuk
utama dan pintu-pintu masuk lain ke hotel tersebut.
Pihak media
dihalang memasuki hotel tersebut dengan papan tanda bertulis "NO MEDIA
AFTER THIS PATH" diletakkan di pintu masuk utama hotel, serta di pintu
masuk ke tandas, ke lif dan kawasan di sekitar hotel.
Beberapa
pengawal keselamatan hotel dan pengawal keselamatan Malaysia Airlines
(MAS) yang lengkap berpakaian seragam turut kelihatan mengawal sekitar
hotel tersebut.
Menurut seorang
wartawan akhbar Cina dari Malaysia yang enggan mendedahkan namanya,
situasi itu (kawalan ketat) berbeza dengan situasi yang dialami pihak
media semasa membuat liputan di Hotel The Everly, Putrajaya dan Hotel
Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya di mana keluarga penumpang MH370
ditempatkan sebelum ini.
"Di kedua-dua hotel itu media boleh masuk, cuma tidak dapat mendekati keluarga penumpang," katannya.
"Berbeza di
hotel ini (Bangi-Putrajaya) kerana pengawal mengawal keadaan sekeliling
hotel dan saya juga disoal siasat sebaik kenderaan saya memasuki
perkarangan hotel," katanya kepada Bernama hari ini.
Keluarga
penumpang warga China MH370 semalam dipindahkan ke Hotel Bangi-Putrajaya
daripada Hotel Cyberview kerana Hotel Cyberview ditempah awal sempena
perlumbaan Grand Prix Formula One Petronas Malaysia yang akan
berlangsung 28-30 Mac ini di Litar Sepang dekat sini.
Pesawat Mas,
MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing, hilang
kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL, 8
Mac lalu.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama, 22 Mac, 2014. - sumber



0 orang berkata:
Post a Comment