SPR kesal provokasi penyokong luar pikul kangkung
pada 23-03-2014 12:03 Ditulis Oleh Shuhaniza Said, Shawaliah Hadir dan Nur Shakira Buang

KAJANG: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Aziz Yusof
kesal dengan sikap sesetengah pihak yang dilihat sengaja melakukan
provokasi kepada penyokong parti lawan dengan memikul serumpun kangkung
di luar pusat pengundian Sungai Chua.
Katanya, sikap seperti ini akan mencetuskan kekecohan sekaligus mengganggu proses pilihan raya berlangsung.
"Saya nampak tadi dan juga laporan yg saya terima boleh dikatakan
saluran ada penyokong parti yang bawa sayur kangkung saya tak tahu apa
relevan bawa kangkung ini cuma saya anggap ini satu provokasi kepada
pihak lain ini untuk dimakan bukan untuk pembaziran sebab mereka bawa
banyak.
"Ini
sangat tidak elok. Ini seolah satu seperti kita memerli orang lain.
Keduanya kita membazir. Ada juga bawa buah kelapa. Apa relevannya?" ujar
Aziz kepada pemberita ketika melawat pusat pengundian di Sekolah
Kebangsaan Sungai Sekamat.
Aziz berkata demikian mengulas sikap seorang penyokong Pakatan Rakyat
yang mengandar serumpun kangkung di pusat pengundian Sungai Chua.
Lelaki berusia 64 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad
berkata, beliau memandu dari Pahang untuk mengingatkan pengundi Kajang
agar membuat pilihan dengan betul.
“Saya mahu ingatkan pengundi di sini, (Datuk Seri) Najib (Razak)
menyebabkan harga gula naik, tetapi tidak masuk akal bila kata harga
kangkung turun.
“Kita sudah tak boleh tahan!” katanya yang melaungkan “kangkung turun tapi harga gula naik” kepada orang ramai.

Mengulas lanjut, Aziz berkata biarlah pengundi DUN Kajang yang menilai dan membuat pilihan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
"Ini mungkin bertujuan memalukan seseorang, ini satu dosa besar.
"Jadi hari ini beri kebebasan kepada penduduk Kajang menjalankan
tanggungjawab mereka dengan baik. Tempoh kempen sudah habis. Ini masa
mengundi jadi jangan kacau pengundi, saya harap penyokong parti pun
jangan buat kecoh.. Nanti pengundi lain takut nak keluar mengundi,"
ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Aziz turut mengingatkan pemimpin kedua-dua parti yang
bertanding hari ini agar menasihati penyokong masing-masing agar tidak
melakukan provokasi atau apa-apa tindakan yang boleh mencetuskan
ketegangan.
"Saya berharap pemimpin parti beritahu penyokong jangan buat perkara
seperti ini. Ini akan menimbulkan kemarahan pihak lain, nanti berlawan
satu sama lain nanti," katanya lagi.
Rakyat provokasi tak boleh,, tapi Najib bermulut cibai sibuk hang kangkong hang tak kata apa pulak,,, memang pelaq haram jadah...


0 orang berkata:
Post a Comment